Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa October 18, 2022 @ 10:58pm

“Marketing Lebih! Nampak Sangat Nak Tunjuk Satu Malaysia B*doh…” – Micheal Ang Anggap Siti Jamumall Propa Gara-Gara Kecewa ‘Bleach’ Rambut

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ahli perniagaan popular, Siti Jamumall memuat naik rakaman video yang mengatakan dirinya terkilan dan mahu menyaman sebuah salon gara-gara merosakkan rambutnya selepas membuat ‘bleaching’.

Bagaimanapun, rakaman video tersebut membuatkan rata-rata warganet berasa kurang senang dengan tindakan beliau kerana seringkali tampil melakukan ‘prank’ bagi meraih populariti.

@sitijamumallSerikkkkk dh bagi orang sebarangan colour. Charge smpai 570 dpt hancur rosak rambut♬ original sound – sitijamumall

Ekoran isu tersebut, pengarah dan penerbit terkenal, Micheal Ang tampil menyuarakan pendapatnya dan mengkritik video rakaman tersebut menerusi Instagram Live miliknya pada Isnin.

Micheal Ang berkata, usahawan itu sebenarnya tidak tahu cara yang betul bagaimana untuk ‘Bleaching’ rambut dengan betul.

“Kalau orang Asia, nak bleach rambut pun ambil masa sejam dua, bukannya setengah jam seperti didakwanya.”

“Saya pun bleach rambut dan prosesnya memang mengambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.”

“Rambut dia tidak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan mengalami keguguran rambut.” Katanya lagi.

Tegas Micheal, rakaman video tersebut jelas mahu memperbodohkan rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai proses ‘Bleaching’ rambut yang betul.

“Ala.. sekarang Marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bodoh.”

“Kau nak buat konten boleh, tak ada sesiapa cakap tak boleh. Tapi, bolehlah konten yang boleh dipercayai sikit janganlah buat konten untuk orang kutuk.” Jelas Micheal Ang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 1 Nov 2023
Hiburan Fri, 5 Jul 2024
Selebriti Tue, 19 Sep 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022

Tunai Janji, Anwar Ibrahim Tolak Gaji Perdana Menteri – “Saya Ingin Pulihkan Keyakinan Rakyat”

Pelantikanan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh telah mendapat liputan meluas dari dalam dan juga luar negara. Sudah menjadi simbolik untuk pemimpin mengotakan janji manifestonya setelah diberikan mandat untuk […]

Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Tahniah Buat Tauke Selamat Bernikah

Tauke Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hatinya selepas mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Trending Tue, 6 Aug 2019

Insiden Bom Di Bangkok, Siapakah Suspek Utama?

Insiden Bom Di Bangkok Suspek Pernah Lawat Malaysia

Drama Wed, 13 May 2026
error: Content is protected !!