Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 1, 2023 @ 4:08pm

Dituduh Dah Lama ‘Bercinta’ Dengan Shuib, Watie Hanifiah Tunjuk Bukti – “Tanggung La Siapa Yang Fitnah Tu”

Usahawan Watie Hanifiah tampil menjawab tuduhan yang mengatakan dia bercinta dengan suaminya, Shuib sejak Allahyarham Siti Sarah masih ada.

Menerusi sesi soal jawab di Instagram, ada individu menyoalnya tentang perkara itu dan Watie tampil memperjelaskan perkara sebenar.

“Betul ke bercinta dengan Soib masa Soib masih lagi husband arwah Sarah?,” tanya individu itu.

Tidak cepat melatah, Watie memaklumkan bahawa Shuib mula mengoratnya selepas berstatus duda.

Malah, Watie turut menyertakan tangkap layar kiriman mesej langsung (DM) daripada Shuib dan tertera tarikh mereka mula berhubung.

“Aiyoook… tanggung la sape yang fitnah tu… we all tak pernah kenal pun. Dia tackle pun lepas dia menduda,” jawab Watie.

Watie Hanifiah

Untuk rekod, Watie dan Shuib telah berkahwin pada 23 Jun lalu.

Sebelum ini, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, merek dikurniakan 4 orang anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.

Namun begitu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Artikel berkaitan: Watie Tak Pernah Terdetik Kembali Ke Penampilan Lama… Kini Lebih Bersyukur, Mengaku Perlu Perbaiki Cara Pemakaian

Artikel berkaitan: “Akak Jangan Marah Kita Tau” – Bimbang Ambil Alih Tempat Sebagai Isteri & Ibu, Watie Kongsi Kata-Kata Semasa Menziarahi Kubur Arwah Siti Sarah

Artikel berkaitan: Kongsi Momen Di Hospital, Komen Ibu Mentua Cetus Tanda Tanya… Watie Pregnant? – “Resultnya Update Mama Ye”

Artikel berkaitan: Terhibur Tengok Gelagat Shuib Layan Kerenah Isteri Bergambar, Peminat Komen – “Bagus Watie Hadir Dalam Keluarga Dia…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

‘Aafiyah Anak Yang Matang’ -Siti Nurhaliza

Selagi boleh, saya akan cuba bawa Aafiyah…

Hiburan Mon, 4 Aug 2025

Cakra Khan Hadiahkan Persembahan Penuh Emosi Dalam Konsert Divine

Cakra Khan imbau momen indah bersama Almarhum Bapa

Hiburan Sat, 31 May 2025
Featured Fri, 15 May 2026

Alif Satar Puji Hun Haqeem Hadir Ride #SubuhMacamJumaat – “Handsome Boy, Ini Baru Idola Gen Z”

Aliff Satar memuji pelakon, Hun Haqeem baru-baru ini apabila hadir bersama-sama menyertai konvoi motosikal, ‘Ride Subuh Macam Jumaat’.

Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Sesak Nafas Berterusan, Wan Maimunah Masuk Hospital

Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan.

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Malaysia Di Hatiku Satukan Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta & Tabby

Empat bintang baru yang sedang meningkat naik, Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii dan anggota Dolla, Tabby bersatu menghadiahkan sebuah karya patriotik segar sekali gus menyuntik semangat kekitaan menerusi lagu Malaysia Di Hatiku. Lagu terbitan Universal […]

Featured Fri, 5 Jul 2024

Kontinjen Negara Bakal Menyarungkan Rekaan Rizman Ruzaini Semasa Pembukaan Olimpik Paris 2024

Sekali lagi Rizman Ruzaini mendonia!!! tahniah satu pencapaian yang membanggakan

error: Content is protected !!