Hiburan By: Khairil Khusyairi October 20, 2022 @ 8:10pm

“Cantiknya Bella Bertudung” – Hadir Majlis Ilmu Anjuran Neelofa, Netizen Puji Penampilan Bella Astillah Berhijab

Pelakon, Bella Astillah menjadi perhatian apabila dilihat mengenakan hijab pada sebuah majlis ilmu, semalam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Bella memuat naik foto yang memaparkan dia dan beberapa selebriti lain sedang bergambar.

Difahamkan majlis ilmu tersebut merupakan anjuran selebriti popular, Noor Neelofa sempena Maulidur Rasul.

“Thank you Neelofa dan Kasih Neelofa for having me. Syukur Alhamdulillah. Semoga Lofa dan keluarga sentiasa dirahmati-Nya dan dilimpahkan lagi rezeki InshaAllah,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

Namun, perkongsian tersebut menjadi perhatian apabila rata-rata wargamaya memuji kecantikan Bella apabila mengenakan jubah dan hijab serba putih.

Majlis ilmu yang itu juga turut dihadiri beberapa selebriti seperti Puteri Sarah Liyana, Kaka Azraff, Zulin Aziz, Sherry Ibrahim, Farah Nabilah, Mawar Rashid, Noniswara, Wawa Zainal dan ramai lagi.

Sehingga kini, perkongsian Bella itu meraih lebih 23,000 tanda suka dan lebih 90 komen.

Tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terpegun dengan penampilan Bella malah ada juga mendoakan pelakon Aku Tanpa Cintamu itu diberikan hidayah untuk berhijab suatu hari nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

BLACKPINK’s ‘Kill This Love’ Takes Over Spotify

People are streaming the song like over and over again!

Hiburan Fri, 21 Dec 2018
Trending Tue, 24 Aug 2021

Eksploitasi S**ks & Pemerdagangan Manusia, Pelawak Tidak Akan Didakwa Di Mahkamah

So, korang jangan cetus sebarang kontroversi lagi ek!

Hiburan Fri, 9 Jun 2023

MonoloQue Selit Elemen Futuristik.. Batu Sumpah Sebagai Pemisah Dalam MV Lagu Cinta

‘Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri’ – Lagu Cinta, MonoloQue

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

‘Kita Jumpa Di Mahkamah’- Zulin Aziz Berang Tokey Produk Kurus Guna Gambar Tanpa Izin

Kesian Zulin…Peniaga dekat luar sana tak serik lagi ke?

Events Fri, 5 Jan 2018

SHEILA ON 7 KEMBALI BERSATU?

Kepada semua SheilaGank jangan lepaskan peluang untuk melompat lebih tinggi bersama Sheila On 7 yang akan berlangsung di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur

Trending Wed, 9 Dec 2020