Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal October 20, 2022 @ 7:06pm

“Whatever You Give Me, I Give It Back To You” – Aleeya Zailan Dermakan Duit Gifts TikTok Untuk Saham Akhirat

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila mendermakan wang hasil ‘gift’ pemberian peminatnya di TikTok kepada golongan yang memerlukan.

Aleeya dan suami  turut ‘turun padang’ bersama-sama menyediakan makanan untuk didermakan kepada golongan tersebut pada setiap hari jumaat.

Menurut Aleeya, dia mahu makanan yang didermakan itu hasil air tangannya sendiri demi mencari keberkatan dalam perniagaan.

 

@aleeyazailanavenysterima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini😭 mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala😭 semoga berkat rezeki kite semua ya 😭♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

 

Menerusi video berdurasi lebih daripada 1 minit yang dikongsikan di TikTok miliknya,  Aleeya terlihat sopan dan ayu apabila mengenakan hijab ketika mengedarkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mentitipkan doa agar Aleeya kekal istiqamah dalam mengenakan hijab.

Bukan itu sahaja, ruangan komen hantaran tersebut juga turut dibanjiri dengan pujian warganet terhadap inisiatif yang dilakukan beliau sekaligus menyifatkan Aleeya adalah seorang founder yang wajar dicontohi oleh usahawan-usahawan lain.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 1.4 juta tontontan dan menerima lebih  153,000 tanda suka.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jun 2020

Tag roti Gardenia jadi aksesori cantik penyambung pelitup muka

Murah, bergaya, paling penting kitar semula

Hiburan Tue, 3 Sep 2024
Featured Thu, 21 Sep 2023
Trending Wed, 1 Jun 2022
Featured Wed, 21 Aug 2024

Tepis Dakwaan Masih ‘Ditanggung’ Kakak, Syada Amzah Anggap Mulut Netizen Sukar Ditutup… Mengaku Rindu Shila – “I Miss Her..”

Dah kalau nama adik-beradik mesti takkan kemana marah tu… Apapun, moga yang baik-baik buat Syada & Shila❤️

Hiburan Thu, 18 Dec 2025

Bawa Famili Umrah, Buka Bisnes, Beli Tanah & Bina Rumah… Marygrace Guna Wang Kemenangan OIAM Sebaik Mungkin

Marygrace dinobatkan sebagai juara OIAM pada Februari lalu dengan hadiah utama bernilai RM1 juta.

error: Content is protected !!