Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 23, 2022 @ 4:03pm

“Beri Mereka Ruang Selesai Isu Adik Beradik, Pasal Mak Ayah Dah Okay…”- Isteri Abang Viva Tenang Terima Kecaman

Selepas tular di media sosial kerana didakwa berkahwin tanpa pengetahuan dan restu keluarga, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva tampil menepis dakwaan tersebut.

Menurut jejaka itu, dia telah memaklumkan hasrat untuk berkahwin sebanyak tiga kali kepada ayah dan ibu sebanyak lima kali walaupun pada hakikatnya keluarga Abang Viva kurang bersetuju dengan pilihan hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

Dalam pada itu, isteri Abang Viva, Evanoza Zakaria turut menerima tempias apabila terdapat segelintir warganet yang mengkritik dirinya kerana berkahwin tanpa restu orang tua.

Menjengah di ruangan TikTok peribadinya, Evanoza bagaimanapun dilihat tenang menjawab soalan warganet menerusi ruangan komen perkongsiannya.

Malah, sebagai isteri dia memohon dan berharap agar orang ramai memberikan ruang kepada suaminya itu untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keluarga.

Tambahnya lagi, kedua ibu bapa mentuanya itu kini sudah okay dan memohon agar warganet mendoakan yang terbaik untuknya dan keluarga.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Subhanallah…Alunan Suara Neelofa Mengaji Al-Quran Di Aplikasi Muslim Pro

Alhamdulillah…Makna By Lofa bakal bantu muslim di luar sana untuk memahami maksud bacaan Al-Quran dalam Bahasa Melayu.

Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Featured Fri, 31 Aug 2018
Trending Mon, 13 Apr 2020
Featured Fri, 12 Aug 2022
error: Content is protected !!