Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 24, 2022 @ 6:07pm

“3 Hari Terakhir Di Istanbul, Saya Alami…” – Mafarikha Dijangkiti Covid-19 Tahap 5

Penyanyi Mafarikha Akhir, 29, dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 tahap lima.

Baru sahaja pulang berbulan madu bersama suami, Muhammad Zariq Noorulyusaa di Istanbul, Mafarikha terus mendapatkan rawatan di hospital sejurus tiba di Malaysia hari ini.

“Saya bercuti di Istanbul bersama suami semenjak dua minggu lalu. Tiga hari terakhir di sana, saya sudah mengalami muntah-muntah serta badan menggigil tetapi suami saya sihat.

“Saya ingatkan keracunan makanan kerana ada satu menu makanan yang saya tak kongsi bersama suami. Jadi, tiga hari terakhir di sana, saya hanya berehat tidak ke mana-mana.

“Akhirnya selepas saya pulang ke Malaysia hari ini, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pada mulanya, doktor katakan saya menghidap Covid-19 tahap empat.

“Ini kali pertama saya dijangkiti Covid-19 selepas dunia dilanda pandemik. Informasi terbaharu yang saya terima, doktor sahkan saya kini berada di tahap lima. Ia juga telah menyerang paru-paru dan perut,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single Angin ini memohon orang ramai mendoakan kesembuhannya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur suami saya sihat dan tidak dijangkiti Covid-19, hanya saya sahaja mendapatkan rawatan dan saya mahu terus kuat untuk melawan penyakit ini.

“Saya mohon orang ramai menitipkan doa untuk kesembuhan saya. Doakn saya kuat dan tidak ditidurkan. Covid-19 masih ada, jadi saya berharap semua orang dapat mengambil langkah berwaspada,” kata penyanyi lagu Pintu Hati ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jun 2025

Jefri Nichol ‘Tolak’ Tawaran Berlakon Adegan Panas Demi Ameera Khan? – “Dia Kata Lebih Bagus Jangan”

Jefri kini tidak mahu terlibat membawakan adegan dewasa bersama pelakon wanita lain di set penggambaran.

Trending Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Bukan Tujukan Sesiapa” – Kaka Azraff Perjelas Perkongsian Threads, Mahu Buka Ruang Kesedaran

Kaka menegaskan kepentingan kesedaran dalam membantu seseorang memahami dan menghadapi sesuatu situasi dengan lebih baik.

Trending Mon, 3 Jan 2022

Isu Saman Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Mohon Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Sam Samin atau nama sebenarnya, Sam Musyadzafar Samin, 43, dan Aida G atau nama sebenarnya, Razidah Ahmad, 42, selaku defendan keempat dan kelima dalam kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana yang menuntut RM2.5 juta sebagai […]

error: Content is protected !!