Euforia Bola 2026
Acara By: Padin October 24, 2022 @ 3:54pm

Masak Sendiri 340 KG Sotong Untuk Sedekah 340 Jemaah Masjid, Ramai Puji Keihklasan Aleeya Zailan & Suami

Pempengaruh dan usahawan, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz atau Big Boss yang seikhlas hati memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikannya di media sosial, kelihatan Aleeya dan Azri serta beberapa pembantu bertungkus-lumus menyediakan masakan.

“Sebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.

“Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng,” celotehnya sambil sibuk menumis bahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Whatever You Give Me, I Give It Back To You” – Aleeya Zailan Dermakan Duit Gifts TikTok Untuk Saham Akhirat

Mencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata warganet menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.

Masakan tidak, mereka berpendapat bahawa Aleeya semestinya mampu mengupah katerer bagi memesan sebarang menu diingini, namun pasangan berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid tersebut.

Lebih menarik menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli menggunakan duit gift diberikan pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok dan Facebook.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 1 May 2020
Acara Wed, 25 Feb 2026

Mencari Makna Raya Dalam Setiap Sudut Pengalaman Menerusi Evolusi Baharu Platform Perayaan

Tidak lagi terhad kepada pentas peragaan, AFP berkembang sebagai platform yang menghimpunkan fesyen, kelengkapan rumah, gaya hidup, kecantikan dan makanan dalam satu suasana yang lebih dekat dengan kehidupan seharian pengunjung.

Acara Thu, 20 Feb 2020
Acara Mon, 15 Jul 2019

Majlis anugerah berprestij, ABPBH 32 buka tirai

Kategori baharu, kaedah undian dan persembahan lebih menarik

Acara Wed, 25 Sep 2019

Siapakah wanita yang pernah bertakhta di hati Exists?

Jangan lupa Konsert Exists Reunion Sabtu ini!

Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

error: Content is protected !!