Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 26, 2022 @ 5:44pm

“Saya Kumpul Modal Dahulu…” – Selepas 16 Tahun, Farid Kamil Muncul Dengan Sekuel Filem Remp-IT 2

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil mengambil masa 16 tahun untuk muncul dengan sekuel filem Remp-IT 2 yang mengisahkan tentang permotoran.

Menurutnya, dia mengambil masa yang lama itu untuk mengumpulkan modal untuk penghasilan filem tersebut.

“Saya mahu mengumpul modal terlebih dahulu sebelum menerbitkan Remp-IT 2.

“Lagipun dalam filem ini, saya bukan sekadar bertindak sebagai pelakon, tetapi turut menjadi pengarah dan penerbit di bawah syarikat saya sendiri,” katanya.

Kelainan yang ditampilkan di dalam filem ini terdapat adegan-adegan perlumbaan Asian Racing yang berlangsung ketika penggambaran dilakukan.

Susulan itu, lebih seribu biji motor digunakan untuk penggambaran pelakon utama dan pelakon tambahan.

Tambah Farid, filem ini sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga dan untuk mendapatkan jawapan sama ada watak Madi hidup atau masih hidup.

“Selepas filem pertama, ramai yang tertanya-tanya adakah Madi mati? So di dalam Remp-IT 2 ini adalah jawapannya,” ujarnya.

Penggambaran yang dilakukan selama 55 hari di lokasi-lokasi yang dipilih sesuai dengan jalan cerita termasuk Ulu Choh Johor, Melaka, Gong Badak Terengganu, Sungai Lembing Pahang, serta sekitar Lembah Klang termasuk Litar Antarabangsa Sepang.

Selain Farid, antara barisan pelakon lain yang membintangi filem Remp-IT 2 ialah Ahirine Ahirudin, Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung Muhammad Kamil yang telah memberi mutu lakonan yang meyakinkan pada usia 7 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 11 Mar 2019
Featured Thu, 23 Sep 2021
Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Here’s a New Oppa for Everyone to Fangirl Over; Lui Peng

Okay, he’s not Korean but this Chinese-British hunk will get you going crazy for sure.

Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Wed, 20 Aug 2025
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

“Saya B40, Tak Layak Salam Datin T20″ – Azza Elite Jawab Dakwaan ‘Tak Semenggah’, Dikritik Sendu… Akui Ada ‘Penyakit’ Rendah Diri

Keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada ketenangan dan kestabilan berbanding mengejar populariti.

Hiburan Mon, 18 Mar 2024

Demi Perbaiki Diri, Syafi Tee Bersendirian Selama 6 Bulan… Akui Tak Minat Berkawan

Kira dalam fasa healing sorang sorang lah ni kan ☺️

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Shila Amzah Gabung Lagu Melayu & Mandarin, Rai 25 Tahun Dalam Industri Di Pentas Impian DFP 9 Mei Ini

konsert ‘SA25’ dijangka menampilkan lebih 25 lagu termasuk medley khas

error: Content is protected !!