Featured By: Fatin Nurain October 27, 2022 @ 2:41pm

Jadi Abang Lori? 3 Kali Pertimbangkan Tawaran, Nazim Othman Kekok Bawa Watak Komedi

Pelakon Nazim Othman kekok untuk membawa watak bergenre komedi dalam lakonannya menerusi drama bersiri Sorry Naik Lorry.

Menerusi drama arahan Aidilfitri Mohamed Yunos itu, Nazim tampil memegang watak seorang pemandu lori bernama Khairul.

Menurut Nazim, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran tersebut biarpun pihak penerbit dan pengarah sudah memujuknya sebanyak tiga kali.

“Apa yang membuatkan saya terbuka hati untuk menjadi sebahagian daripada drama ini adalah kesungguhan pihak produksi sendiri yang meyakinkan saya untuk membawa watak ini.

“Sepanjang 14 tahun saya berada dalam industri, ini adalah kali kedua produser ajak saya keluar makan untuk bercakap tentang projek sebelum saya sign contract. Lepas tiga kali mereka approach saya, baru saya rasa okay untuk bawa watak ini,” katanya.

Nazim turut menyatakan pada awalnya dia berasa pelik apabila pengarah naskhah ini begitu bersungguh memujuknya membawa watak yang sememangnya berbeza dari genre drama yang pernah dijayakan sebelum ini.

“Mula-mula saya macam tak faham kenapa mereka nak sangat saya bawa watak Khairul sebab ini bukan saya. Maksud saya, memang sebagai pelakon kita tak nak bawa watak yang kita selalu bawa.

“Tapi benda tu yang buatkan saya tertanya-tanya dan terbuka hati untuk bawa watak ini kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza tentang diri saya yang saya sendiri tak nampak waktu tu,” katanya.

Dalam pada itu, Nazim juga menyatakan agak sukar untuk menjadi seorang kelakar menerusi drama itu, namun dengan bantuan barisan pelakon lain dia berjaya mendalami watak tersebut.

“Untuk saya honestly susah. Sekarang bila fikir balik kelakar la. Sebab saya jarang bawa watak komedi dia jadi susah untuk saya masuk dalam watak tu dan mendalami watak Khairul.

“Pelakon lain pun banyak membantu saya untuk mendalami watak lawak tu secepat mungkin,” jelasnya

Nazim juga menyatakan dia akan mempertimbangkan untuk membawa watak komedi lagi selepas ini jika menerima sebarang tawaran.

“Saya akan pertimbangkan terlebih dahulu sekiranya dapat lagi tawaran untuk membawa watak ini bergantung kepada jalan cerita sebab saya tak kelakar. Mungkin kalau kelakar seram okay kot,” katannya.

Selain Nazim, drama terbitan Sariah Jaafar ini juga turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti, Ruhainies, Sheila Mambo, Nafiz Muaz, Tajul, Ahmad Saffuan dan Phirdaus Khardini.

Orang ramai boleh menonton drama ini secara strim menerusi platform iQIYI bermula 4 November.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020

Ketahui mengapa si kecil suka mengetap gigi ketika tidur

Tangani dengan berkesan sebelum lebih teruk

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

5 Kesan Negatif Sekiranya Anda Membeli Telefon “Clone”

Hampir semua telefon pintar diklonkan. Sekali pandang, telefon tiruan ini tiada bezanya berbanding dengan yang asli. Harganya juga jauh lebih murah.

Trending Fri, 7 May 2021

Jangan Marah-Marah, Rebut Peluang Bermaafan Di Syawal Ini!

Setelah sebulan berpuasa, hari paling dinanti adalah sambutan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulanya bulan Syawal. Meski tahun ini sekali lagi Aidilfitri disambut di dalam musim pandemik, hari raya masih boleh disambut dengan penuh […]

Trending Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Farah Diana Mahu ‘Pancing’ Ernie Zakri

Tidak menolak merakam single bergenre ‘jiwang’.

Hiburan Wed, 17 May 2023

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Aduh macam macam lah drama pun belum keluar lagi kan

Hiburan Sun, 23 Jun 2019

Akhiri Zaman Duda, Selamat Pengantin Baharu Ally Iskandar & Marlina!

Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, mengakhiri zaman duda apabila bernikah dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim, semalam.