Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 28, 2022 @ 6:30pm

Kerap Diusik Sebut Nama Sharnaaz, Shila Amzah Akui Sudah ‘Move On’ – “Secebis Rasa Pun Tak Ada”

Baru-baru ini, penyanyi versatil, Shila Amzah menjelaskan bahawa dia sudah tidak menyimpan perasaan dengan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.

Memetik laporan Gempak, Shila akui yang dia tidak kisah jika diperlukan untuk menyebut nama Sharnaaz di khalayak umum.

Jelas pelantun lagu Khilaf Asmara itu, dia juga tidak menyimpan perasaan benci terhadap pelakon itu kerana sudah ‘move on’.

“Sebenarnya, hal itu mudah, apabila kita sudah move on, semua perasaan akan hilang, even perasaan benci sekalipun tak akan ada.

“Bila kita sudah move on, takkan ada secebis sisa rasa apa pun terhadap bekas kekasih kita. Bila orang nak sebut nama Sharnaaz even saya sedang sebut nama dia sekarang… I don’t feel anything,” ujarnya kepada Gempak.

Tambah, Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 32, turut menegaskan bahawa tidak mempunyai sebarang masalah dengan Sharnaaz secara peribadi mahupun profesional walaupun baru-baru ini diusik dengan montaj selingan sebelum memulakan nyanyian di sebuah program pertandingan.

“Saya tak kisah pun… secara profesionalnya atau peribadi, saya tiada masalah dengan Sharnaaz.

“Selalu sahaja saya bergurau dengan fans kalau mereka ada sebut nama Sharnaaz. Saya macam tak mengapalah, asalkan korang happy sudahlah ek,” kata Shila lagi.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Nad Zainal Pernah Rasa ‘Down’ Gara-Gara Ada ‘Whisker Dimples’ Di Wajah

Nad Zainal mengaku down ada whisker dimples di wajah

Featured Sat, 12 Aug 2023
Trending Wed, 13 Jan 2021
Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Featured Tue, 23 Sep 2025

“Hiduplah Dengan Tenang Tak Perlu Buktikan Apa-Apa Pada Sesiapa” – Puteri Sarah

‘Tak perlu jadi sempurna untuk diterima oleh manusia’ – Puteri Sarah

Trending Thu, 26 Nov 2020
error: Content is protected !!