Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2025 @ 11:52am

“Hiduplah Dengan Tenang Tak Perlu Buktikan Apa-Apa Pada Sesiapa” – Puteri Sarah

‘Tak perlu jadi sempurna untuk diterima oleh manusia’, itu luahan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi perkongsian di platfrom media sosial miliknya.

Kata Sarah, hidup tenang dan gembira sudah mencukupi kerana itu adalah sebahagian daripada proses penyembuhan dan berkembang.

“Hiduplah dengan tenang. You don’t have to prove anything to anyone. Kau tak perlu jadi sempurna untuk diterima oleh manusia.

“As long as you are happy, you are growing, and you are healing that’s enough. Cari apa yang buat jiwa kau rasa hidup,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya beserta foto percutian bersama keluarga.

Mengulas lanjut, ibu anak dua itu berkata, menghargai setiap momen bersama insan tersayang adalah paling bermakna meskipun terkadang dilihat kecil pada pandangan orang lain.

Malah, Sarah juga sempat menitipkan pesanan agar sentiasa berbuat baik namun, dalam masa sama tidak mengabaikan diri sendiri sehingga mengutamakan  orang lain.

“Hargai momen kecil yang kadang orang lain tak pandang, tapi bagi kita, itu antara yang paling bermakna.

“Be kind, tapi jangan sampai lupakan diri sendiri. Boleh jadi baik tapi jangan sampai hilang arah kerana terlalu meletakkan orang lain first than yours,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Anak-Anak Sumber Kekuatan, Almy Nadia Harap Karya Sulung Fizz Fairuz Dapat Sambutan – “Saya Tahu Segala Peritnya”

Alhamdulillah, min suka tengok relationship Datin Almy dengan Datuk Fizz 🥰

Hiburan Fri, 28 Nov 2025

Beraksi Dalam Teater Muzikal Alumni ASWARA, Asmidar Hidupkan Naskhah ‘Paduka Cik Siti’

Pementasan arahan Kamarulzaman Taib atau Che Kem ini membawa penonton menyelusuri perjalanan epik Paduka Cik Siti Wan Kembang.

TECH Wed, 28 Mar 2018

Muat Turun Data Di Facebook Untuk Keselamatan, Kami Kongsikan Caranya!

Oh ya! Korang perlu bersabar sikit ya memandangkan ia bakal mengambil masa beberapa minit bergantung kepada berapa banyak data anda dan berapa lama anda menjadi pengguna Facebook.

Trending Mon, 20 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3 : Bayaran Bermula Jumaat Ini

Jangan lupa semak status BSH ketiga korang okay!

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Hadiah Misteri Buat Nora Danish Selepas Berpantang

Orang kata reward selepas berpantang untuk Nora.

error: Content is protected !!