Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 28, 2025 @ 8:00pm

Beraksi Dalam Teater Muzikal Alumni ASWARA, Asmidar Hidupkan Naskhah ‘Paduka Cik Siti’

Selebriti serba boleh, Asmidar muncul sebagai pusat perhatian dalam pementasan teater muzikal Paduka Cik Siti, produksi terbaharu Persatuan Alumni ASWARA yang diterbitkan bersama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Institusi seni itu terus mengukuhkan peranannya sebagai penjaga warisan budaya tradisional dan moden dengan mengangkat kisah legenda pemerintah wanita abad ke-17, Paduka Cik Siti Wan Kembang.

Pementasan arahan Kamarulzaman Taib atau Che Kem ini membawa penonton menyelusuri perjalanan epik pemerintah yang dikaitkan dengan simbol Kijang Emas, sambil menonjolkan tema keberanian, kasih sayang dan pengorbanan dalam pentadbiran negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Che Kem menjelaskan kisah ini menonjolkan kekuatan seorang raja wanita yang terpaksa menghadapi tekanan dalaman serta ancaman luar.

“Semangat dan keteguhan pemerintah ini luar biasa. Segala kepentingan diri diketepikan demi rakyat. Pemerintahannya bukan sahaja mengangkat kemasyhuran negeri, tetapi turut melawan prejudis pembesar lelaki dan mempertahankan kedaulatan daripada ancaman Siam,” katanya.

Asmidar Dipilih Kerana Suara Emas, Karisma dan Keupayaan Lakonan

Asmidar dipilih membawa watak Paduka Cik Siti Wan Kembang atas kekuatan vokal yang kaya dengan tradisi serta keupayaan lakonan pentas yang terbukti.

Latar belakangnya dalam vokal klasik, selain pengalamannya dalam muzikal seperti P. Ramlee, Puteri Gunung Ledang dan Dendam Laksamana, menjadikannya pilihan ideal.

Menurut Che Kem, watak ini menuntut kematangan, kewibawaan dan keanggunan seorang pemimpin wanita, ciri-ciri yang dimiliki Asmidar. Selain itu, kemahirannya dalam silat memberi nilai tambah kepada persembahan.

Di samping Asmidar, Dr Norzizi Zulkifli memegang watak Seri Banun, ibu kepada Cik Siti Wan Kembang, sekali gus memperlihatkan sisi baharu Norzizi sebagai pelakon muzikal.

Antara pelakon lain ialah Taqim Zaki sebagai Panglima Merah, watak yang sentiasa mendampingi Cik Siti Wan Kembang.

Syukor Ibrahim Bachik tampil dengan kekuatan vokal sebagai pelakon muzikal, manakala Sharul Mizad menghidupkan watak Raja Siam yang terkenal dengan aura pentas yang kuat.

Tradisi Bertemu Kontemporari

Muzikal ini menampilkan gabungan elemen seni tradisional seperti mak yong dan wayang kulit dengan teknologi pentas moden, disokong rekaan produksi yang dinamik. Muziknya mengekalkan roh tradisional sambil diberikan pendekatan kontemporari, menjadikannya sesuai untuk khalayak pelbagai peringkat usia.

Produksi ini turut menghimpunkan tenaga kreatif alumni ASWARA daripada kumpulan awal hingga generasi baharu merangkumi bidang muzik, teater, tari, seni reka dan persembahan.

Pengarah Muzik, Suflan Faidzal Arshad, dikenali dengan pengalaman luas dalam seni tradisional dan moden, termasuk ciptaan lagunya Badarsila yang dipopularkan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Koreografi pula dihasilkan Azura Abal Abbas dan Failul Adam, menawarkan gerak yang penuh jiwa Melayu.

Che Kem menegaskan fokus utama produksi ialah penyampaian sebuah muzikal yang mudah diikuti, kaya dengan elemen dramatik, teknologi dan visual yang memukau.

“Kami mahu penonton menikmati kisah ini dengan gabungan cinta, duka, komedi dan aksi. Lagunya mudah dihayati dan kami harap penonton pulang dengan rasa puas,” katanya.

Jadual Pementasan

Teater muzikal “Paduka Cik Siti” akan dipersembahkan bermula dengan Malam Gala pada 19 Disember, jam 8.30 malam di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Persembahan diteruskan pada 20 Disember (3 petang dan 8.30 malam) serta 21 Disember (3 petang).

Kategori tiket ialah Paduka Cik Siti (RM150, 71 kerusi), Seri Banun (RM120, 114 kerusi), Prasat Thong (RM80, 198 kerusi) dan Puteri Saadong (RM40, konsesi, 122 kerusi). Tiket boleh diperoleh melalui cloudjoi.com.

Sinopsis

Kisah ini mengangkat perjuangan Paduka Cik Siti Wan Kembang, pewaris tunggal takhta yang mengambil alih pemerintahan selepas kemangkatan Raja Husein demi menunaikan amanah ayahandanya Raja Ahmad.

Walaupun menerima pelbagai lamaran daripada raja-raja luar, Cik Siti Wan Kembang tetap memilih tanggungjawab sebagai pemerintah negeri. Sebagai raja wanita, pemerintahannya sarat cabaran, termasuk dipersoalkan pembesar, diancam kerajaan Siam dan menyembunyikan perasaan cinta demi kestabilan negeri.

Kisah ini bukan sahaja tentang kepemimpinan seorang wanita, tetapi juga pengorbanan yang meletakkan negeri mengatasi kehendak hati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Mar 2026

Lagu ‘Memori Raya’ Catchy Tapi Sentuh Hati, Shiha Zikir Muncul Dengan Karya Penuh Nostalgia

Shiha Zikir kembali memeriahkan Aidilfitri tahun ini dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.

Trending Wed, 17 Aug 2022

Hormat Keputusan Rakan Mahu Bersara, Fedi Nuril Harap Laudya Cynthia Bella Temui Ketenangan

Pelakon Indonesia, Fedi Nuril menghormati keputusan sahabat baiknya yang juga aktres popular, Laudya Cynthia Bella yang mahu bersara daripada dunia hiburan. Menempa populariti menerusi gandingan mereka dalam filem Syurga Tidak Dirindukan, Fedi sebagai seorang sahabat […]

Hiburan Thu, 17 Aug 2023

Anggap Netizen Kelakar, Amelia Henderson Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan Aedy Ashraf

Ehemm so apa status Ame dengan Aedy ya? Guna kreativiti masing masing ok

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Vicha Saywho Kongsi Keterujaan First Time Naik MRT Selepas 16 Tahun Menetap Di Malaysia.. Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak: “Makin Muda & Cantik!”

Vicha Saywho mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman pertamanya menaiki MRT selepas lebih 16 tahun di negara ini.

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Wed, 7 Sep 2022

Didakwa Eksploitasi Gangguan Seksual Puteri Balqis, Ini Respons YouTuber Bros Gang TV – “Kami Tak Paksa, Bukan Views Yang Dikejar”

YouTuber Bros Gang TV nafi sengaja eskploitasi pendedahan ‘berani mati’ Puteri Balqis

Trending Mon, 11 Mar 2019

大马荣誉头衔你知道几个?原来Dato和Datuk是有区别的!

许多人经常听到Dato和Datuk等的头衔,甚至有很多人还搞不懂,经常会将两者混淆;其实一点都不难分……

error: Content is protected !!