Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 29, 2022 @ 4:45pm

Anak Diberi Baju Kurung Jadi Modal Sindiran, Dr Amalina Pelik Sikap Segelintir Netizen – “Saya Doakan Supaya…”

Pakar bedah Dr Amalina Che Bakri meluahkan rasa kesal apabila ada warganet yang bersangka buruk dan meninggalkan komen berbaur sindiran di laman Facebook miliknya.

Ramai warganet meninggalkan komen negatif terhadap satu artikel yang disiar oleh sebuah portal mengenai ibunya memberi sepasang baju kurung kepada anak sulungnya, Arabella Mia.

“Mungkin tokma (ibu Amalina) nak perli ibu (Amalina) tu sebab dah tak kenal baju kurung,” tulis warganet.

Susulan itu, menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) Amalina menjelaskan bahawa dia yang meminta ibunya untuk membawa baju kurung untuk anak perempuannya supaya dapat merasa budaya Melayu.

Tambah, Dr Amalina menyatakan di London susah untuk mendapatkan baju kurung.

“Saya sendiri yang minta Mama saya bawa baju kurung untuk Bella supaya dia dapat merasa budaya Melayu sebab susah untuk dapat baju kurung di London,” tulisnya.

Amalina berasa hairan dengan sikap warganet yang suka bersangka buruk namun dia mendoakan agar individu tersebut dikurniakan hati yang baik untuk mendoakan perkara baik kepada orang lain.

“Saya pelik dengan netizen begini yang suka sangat bersangka buruk dengan orang. Saya doakan supaya puan ini dikurniakan hati yang baik supaya dapat mendoakan yang baik-baik sahaja untuk orang lain, Amin,” ujar Dr Amalina.

Terdahulu, Dr Amalina juga dipersoal mengenai status agama suaminya, Alexander Charles menerusi pautan ‘Ask Me Question’ di IGS.

Artikel Berkaitan: “Apa Punya Soalan Macam Ni” – Agama Suami Dipersoal, Ini Komen Balas Dr Amalina

Artikel Berkaitan: Tidak Berpantang Cara Orang Melayu, Dr Amalina Beri Tips Lepas Bersalin

Artikel Berkaitan: Dikecam Tak Ikut Cara Berpantang, Netizen Pertahankan Dr Amalina Bakri – “Dia Doktor! Dia Lebih Tahu Kesihatan…”

Artikel Berkaitan: Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Ini Sebab Penonton Tak Senang Duduk Bila BTS Jadi Penyampai Grammy Award

Selain V, Jungkook juga turut dipuji kerana kefasihannya berbahasa Inggeris sepanjang temubual yang dijalankan

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Tak Sampai Setahun Berkahwin, A.Aida Umum Sudah Bercerai

Fail perceraian sudah dibuat sejak 4 April lalu di bawah seksyen 47 iaitu meminta kebenaran mahkamah untuk bercerai secara baik dan seterusnya kami sah bercerai pada 25 April lalu.

Featured Mon, 23 Dec 2024

Merinding! Showcase Back To Basic Ekspresi Cinta Misha Omar Buat Peminat

Terbuai, sebak dan rasa intimate, pastinya peminat dan penonton yang hadir berasa puas!

Featured Fri, 17 May 2019
Hiburan Mon, 24 Sep 2018
Hiburan Tue, 7 May 2019

Kyuhyun Officially Discharged + Performing Solo at Seoul Jazz Festival 2019

He is the last Super Junior member to complete his military enlistment!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

DUKES Kembali Gegarkan Indie Rock Dengan ‘Little Talks’, Imbau Zaman Cinta Remaja

Little Talks menyuntik elemen nostalgia dengan pengaruh Blink-182

Featured Thu, 16 Apr 2020
error: Content is protected !!