Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 2, 2022 @ 7:17pm

“Jangan Ingat Boleh Terlepas” – Isteri Zamani Bengang Wang Bayaran Konsert Lesap, Penganjur Tampil Buka Mulut

Isteri kepada penyanyi terkenal Zamani, mendakwa suaminya tidak mendapat wang bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani lalu.

Memetik laporan Harian Metro, isteri Zamani, Nur Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Julie memuat naik hantaran tersebut di aplikasi WhatsApp sehingga mejadi perbualan peminat.

“Aku ni hanya ada dia je dalam hidup aku tau, apa dosa dia sampai korang (kamu semua) tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.

“Lagi seminggu nak operate ni. Apa niat baru nak bagitahu benda ni semalam. Memang dia tengah down (kecewa) sekarang. Korang happy kan?

“Kalau dia decide putus harapan untuk hidup atau apa-apa jadi kat dia nanti lepas operation, sumpah aku cari korang sampai lubang cacing la se**n…cctv semua ade,” tulisnya.

Menurut Julie lagi,  dia berharap individu tersebut menerima balasan atas perbuatan yang dilakukan.

“Kesian laki aku satu sen pun tak dapat. Tapi dia dapat hidu dari awal dah. Tapi jangan ingat boleh terlepas. Aku lagi bijak dari korang,” tulisnya.

Tampil mejawab dakwaan tersebut penganjur yang menganjur konsert tersebut iaitu Indera Entertainment berkata perkara itu sudah diselesaikan dengan Zamani secara baik, Sabtu lalu.

“Saya terkejut apabila Julie menghantar WhatsApp kepada seseorang mendakwa saya menipu duit show suaminya dan mengakui tidak menerima bayaran satu sen pun.

“Saya dah berjumpa dengan Zamani, Sabtu lalu dan menjelaskan semuanya yang tiket memang tidak dijual. Saya pun ajak dia pergi kepada pihak penjual tiket iaitu mytickets.asia.

“Mereka belum closing dan berjanji akan buat minggu ini. Saya kata kita datang bersama dan akan tahu berapa jumlah tiket dijual. Saya dah jelaskan semua pembayaran berkaitan dan untung hanya lebih RM4,000 saja,” jelasnya.

Tambah pihak penganjur, mereka sedaya upaya memenuhkan ruang penonton walaupun jualan tiket konsert tersebut hambar.

“Kita akan penuhkan supaya nampak keadaan cantik. Waktu jumpa Zamani Sabtu lalu, saya buat penjelasan dan keadaannya ketika itu okey. Dia dah jelas semuanya.

“Sebelum berpisah kami bersalaman dan berpelukan. Dia kata tak mengapa dia nak selesaikan pembedahan dan selepas itu kita mula kerja semula macam biasa. Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Jun 2024
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

‘Hello, Boleh Saya Bantu?’ -Zaaim Rindu Kerja Kedai Fast Food

Wah…seronok lah pelanggan bila pesanan diambil daripada sang Juara pula tu!

Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Thu, 15 Aug 2019

「芭莎公主」欣彦受邀香港视听展演出!旅游体验香港生活

芭莎公主欣彦相隔8年推出新专辑《Romancing Asia 唱游亚洲》日前受邀到香港出席高级视听展参与演出,受到当地歌迷热情的欢呼声回应。

Trending Tue, 30 Jan 2018

Suami Hadiahkan Beg LV Palsu, Netizen Kecam Teruk

Suami Hadiahkan Beg LV Palsu , Isteri mengadu di page KRT kena kecam dengan netizen teruk!! Apa kes sebenarnya nie

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
LIFESTYLE Wed, 24 Jan 2018

HERE’S THE PERFECT USA ROAD TRIP ROUTE ALL PLANNED OUT FOR YOU

Planning a travel route isn’t easy – especially especially road trips. Well, you don’t need to crack your head so much because this guide is all you need.

Featured Sat, 9 Apr 2022

Akibat Tempeleng Chris Rock, Will Smith Dilarang Sertai Anugerah Oscars Selama 10 Tahun

Will Smith juga tidak dibenarkan untuk hadir ke mana-mana program dianjurkan lembaga akademi

error: Content is protected !!