Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 3, 2022 @ 7:20pm

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Mika telah dipuji oleh warganet dengan kata-kata nasihat yang memberi kesedaran untuk sentiasa bermuhasabah diri.

“Hidup ni kalau happy sangat pun tak best!

“Kadang-kadang kita kena ada rasa sedih barulah kita boleh muhasabah diri, betul tak?” soal Mika.

Dalam pada itu, telatah comel Mika berjaya menghiburkan hati netizen yang sedang sedih kerana kepetahan Mika dalam berbicara berjaya memukau ramai pihak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mengucapkan terima kasih kepada Mika kerana telah menceriakan hari mereka untuk kembali bersemangat semula.

“Ya dik, happy sangat pun nanti ada orang yang tak suka lepas tu takut lupa diri dan terlupa untuk bersyukur. Semoga kita gembira selalu dengan cara masing-masing,” tulis seoarang warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton hampir 300,000 tontonan dan menerima lebih 26,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Hiburan Tue, 16 Aug 2022

“Saya Dah Lama Tak Hubungi Dia” – Naim Daniel Bersuara Isu Iman Troye Sombong Selepas Popular

Sudah lama tidak berhubung dengan Iman Troye, Naim Daniel tidak berani berkata apa-apa.

Featured Tue, 22 Jul 2025

 Ismanira Dakwa Penagih Dadah, Pedofilia B*nuh Zayn Rayyan

Ismanira memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen individu seperti penagih dadah atau pedofilia.

Cahaya Mata Tue, 5 Apr 2022
Trending Fri, 27 Nov 2020
Filem Mon, 6 May 2024
Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Awal Ashaari Akui Lebih Selesa Mengacara Daripada Berlakon

Semoga apa yang diimpikan menjadi realiti.

error: Content is protected !!