Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 3, 2022 @ 8:41pm

Kembali Menggegar China, Shila Amzah Bakal Buat ‘Comeback’

Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia akan kembali memeriahkan industri hiburan negara China.

Menurut Shila, dia tidak pernah meninggalkan karier seninya di China sebaliknya terdapat kekangan dek kerana pandemik Covid-19 selain perlunya perancangan yang rapi dalam semua aspek.

“Saya tak pernah tinggakan karier seni di China.

“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali rancakkan karier di sana. Tapi saya enggan tergesa-gesa kerana banyak perkara perlu dititikberatkan.

“Pada bulan Februari nanti, mereka pun akan menyambut Tahun Baharu Cina dan ia bukan masa terbaik untuk saya,” katanya kepada XTRA.

Pelantun lagu Tiada Dirimu itu juga mengakui dia memerlukan perkara dan waktu yang tepat bagi dirinya mengorak langkah semula biarpun sudah dikenali di China.

“Secara jujurnya, untuk saya sendiri, saya yakin yang saya mempunyai sesuatu yang berbeza untuk dipersembahkan seperti mana saya secara fizikalnya, bila berada di sana, orang akan nampak saya berbeza dari yang lain.

“Cara nyanyian saya juga agak berbeza, saya cuma perlukan perkara yang betul dan masa yang tepat untuk keluarkan sebuah lagu yang boleh memperlihatkan kemunculan saya semula.

“Ini merupakan pembakar semangat bagi saya untuk kembali ke sana walaupun keadaan masih belum pulih sepenuhnya, dan saya yakin kita sudah mempunyai solusi untuk kembali ke sana” tutupnya.

Shila ditemui pada majlis pengumuman kolaborasi strategik Media Prima Berhad (MPB) dan rangkaian stesen TV terbesar China, Hunan Broadcasting System pada Selasa.

Untuk info, Shila akan membuat penampilan sebagai ‘master’ dalam program Shila Amzah Masterclass Musim 2 yang bakal menemui penonton di saluran 8TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

Hazama Terkejut Dapat Watak ‘Aneh’ Dalam Filem Tiada Tajuk

Pada awalnya memang sukar tetapi Mawi sebagai pengarah, dia banyak membantu.

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

“Satu-satunya Penyesalan Saya? Lambat Berhijab…”- Norish Karman

Siapa tidak kenal dengan pelakon serba boleh ini, bagilah apa sahaja watak beliau pasti tidak akan menghampakan penonton. Setuju? Namun, pelakon ini tampil dengan imej barunya yang kini sudah berhijab. 

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

TIME Beri Amaran Kepada Telekom Malaysia

Awal minggu ini, kita dihidangkan dengan pengumuman berkenaan pakej unifi Turbo daripada Telekom Malaysia(TM) kepada semua pelanggan mereka. Ia tentunya merupakan satu berita yang amat menggembirakan pengguna internet di Malaysia yang sudah lama mengidamkan internet yang lebih […]

Hiburan Wed, 5 Dec 2018
Hiburan Tue, 24 May 2022
Hiburan Tue, 27 Jan 2026

Sasha Abdul Aziz Syukur Rezeki Semakin Bertambah, Pasang Niat Mahu Bayar Zakat Tinggi Tahun Ini

Sasha mengakui dirinya sudah berniat untuk membayar zakat dengan jumlah yang banyak tahun ini. 

error: Content is protected !!