Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal November 3, 2022 @ 8:37pm

Tampil Dengan Kelainan, Konsert 4 Dekad Slank Ubat Rindu Peminat Malaysia

Kumpulan rock Indonesia, Slank akan menemui peminatnya di Konsert 4 Dekad Slank di Kuala Lumpur pada 19 November 2022.

Bakal mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur, Slank akan tampil dengan beberapa kelainan yang pasti akan memukau peminat yang hadir.

Dianggotai oleh Kaka (vokal), Bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass), hampir 10 tahun Slank tidak menjejakkan kaki ke Malaysia.

“Sudah 10 tahun tak hadir di Malaysia untuk konsert atau persembahan. Kita dengar di Kuala Lumpur ada tempat happening namanya, Zepp.

“Jadi kebanyakan artis membuat persembahan di sana, jadi kami sendiri tidak sabar mahu menyambung silaturahim ke Malaysia dan mahu membuat persembahan di Zepp.

“Kami mahu pengalaman mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur sambil melepas rindu bersama teman-teman di Malaysia,” jelas Kaka.

Slank ditemui di sidang media Konsert 4 Dekad Slank yang diadakan secara maya sebentar tadi.

Kumpulan yang popular menerusi lagu Ku Tak Bisa ini juga akan menampilkan kelainan dengan menyampaikan lagu-lagu baru yang belum pernah didengarkan kepada peminat mereka di Malaysia.

“Setelah beberapa tahun ini, kita telah mengeluarkan beberapa album yang belum sempat kita nyanyikan di Malaysia.

“Kita mahu cuba memperkenalkan lagu-lagu yang selama ini sudah release sebelum sempat ke Malaysia,” kata Kaka lagi.

Bakal berduet dengan Ella di konsert terbabit, kemunculan Ratu Rock itu pastinya bakal membuatkan peminat teruja.

Lebih menarik, Ella akan berduet bersama Slank dengan menyanyikan lagu dangdut yang pernah popular pada tahun 80-an yang telah di ‘remake’ mengikut cita rasa kumpulan itu.

Jangan lupa untuk saksikan Konsert 4 Dekad Slank pada 19 November 2022, Sabtu, jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur dan tiket boleh dibeli secara dalam talian di https://www.ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Jun 2023
Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Tuduhan Guna ‘Mak Esah’ Viral, AKHIRNYA Netizen Tampil Mohon Kepada Misha Omar

Lain kali jangan ulang lagi ya, berdosa besar fitnah orang lain wak!

Featured Wed, 20 Nov 2024

Permohonan Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle Sah… Tarikh 2 Disember Kes Cerai Disebut Semula

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tetapkan 2 Disember sebagai perbicaraan kes cerai.

Events Tue, 20 Nov 2018

Barisan Penyanyi Nasyid Terkenal Di Hubbu Rasul 24 November Ini

Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf (Ahli Fiqir), serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid. Kemasukan adalah PERCUMA, jom meriahkan Hubbu Rasul.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sulli is Back with a Brand New Reality Show!

Sulli has been quiet for a while so this upcoming appearance is something to look forward to.

Trending Thu, 1 Mar 2018

Terlajak Awal! Gajah Pun Ke Sekolah Tau…

Kalau dilihat pada gambar di atas, gajah itu seolah-olah sesat kan? Nasib baiklah ketika kejadian, salah seorang kakitangan sekolah belum masuk tidur lagi.

error: Content is protected !!