Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2022 @ 3:43pm

Tersenarai Dalam 16 Individu Tak Miliki Tauliah Mengajar & Dilarang Beri Ceramah, Ini Respons Ustaz Kazim

Baru-baru ini penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim termasuk dalam senarai nama antara 16 individu yang tidak mempunyai tauliah mengajar oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Bagaimanapun, patuh dengan keputusan tersebut, Ustaz Kazim tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa isu ini ada kaitan dengan pengumuman awal beliau sebagai calon parti yang diwakilinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ustaz Kazim berkata, dia sudah terlibat dalam dakwah dan ceramah ini sejak 27 tahun lalu termasuklah disekitar kawasan Pulau Pinang pada tahun 1995.

Namun, pada ketika itu kebenaran tauliah tidak menjadi isu sehinggalah beberapa hari lalu.

Bahkan, Ustaz Kazim juga turut memohon maaf kepada seluruh penduduk Pulau Pinang dan MAINPP kerana memberi ceramah tanpa tauliah selama ini.

“Saya telah menyampaikan kuliah dan ceramah di seluruh Pulau Pinang sejak tahun 1995, sudah 27 tahun. Isu tauliah pada masa itu tidak jadi isu cuma sekarang baharu ditimbulkan.

“Jadi saya memohon maaf selama saya memberi ceramah di Pulau Pinang dari tahun 1995 lagi, dari saya belum dapat anak sehingga sekarang, saya ceramah tidak bertauliah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ustaz Kazim Dedah Punca Tarik Diri Di Parlimen Larut – “Ia Amanat Arwah Ibu”

ARTIKEL BERKAITAN:Dilarang Ceramah Di Pulau Pinang, Ustaz Kazim & Ustaz Dusuki Turut Tersenarai Tidak Miliki Tauliah Mengajar MAINPP

Tegasnya, sekiranya selepas ini tiada jemputan ceramah maka, beliau akan mengadakan ceramah di pelbagai platform dalam talian seperti Facebook, Youtube dan TikTok.

“Saya telah menubuhkan kumpulan nasyid dan kumpulan muzik saya sendiri. Kalau negeri-negeri tadi mahu jemput saya, tetapi tidak boleh buat ceramah, boleh undang kami untuk konsert. Konsert tidak perlu membuat tauliah.

“Selepas ini, negeri-negeri yang melarang saya berceramah, boleh panggil saya membuat konsert tanpa saya sentuh isu agama, ayat al-Quran dan hadis.

“Saya pun sudah terlibat secara aktif dalam filem, mungkin akan menceburi bidang itu dan filem saya pun akan keluar tidak lama lagi. Berlakon filem pun tidak perlu tauliah, saya rasa saya akan tumpu kepada filem dan drama,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro,  nama lain yang turut tersenarai adalah, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin, Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Susulan Kes Tarik Diri Dari Bertanding, Hantaran Facebook Ustaz Kazim Curi Perhatian – “Semoga Kutukan, Cercaan & Hinaan Bertukar Jadi Pahala”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kulit Sensitif Pada Cahaya, Ustaz Kazim Elias Akui Terpaksa Beri Ceramah Tutup Sebahagian Muka Dengan Topi

 

 

Sumber: Harian Metro, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Kisah Viral Sun, 27 Aug 2023

Minta Tak Sibuk Urusannya, Wanita Bertatu Dibantu Ebit Lew Kembali Buka Tudung?

Hmm iman turun naik kan.. Semoga yang baik baik saja

Featured Thu, 25 Aug 2022

“Ini Rezeki Allah Bagi” – Tak Sampai Sehari, Tudung Wawa Zainal Sold Out, Raih Hasil Jualan RM2.5 Juta!

Alhamdulillah rezeki Wawa. Tak sampai 24 jam, 90,000 helai dah sold out! 🤯

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Sharnaaz Ahmad Failkan Permohonan Nusyuz, Hanya Mahu Selamatkan Keadaan

Harap-harap boleh diselesaikan dengan cepat dan adil kepada kedua-dua pihak.

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

Trending Tue, 23 Feb 2021