Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 8, 2022 @ 4:53pm

Kekal Positif Selepas Kena ‘Body Shaming’, Uyaina Arshad Beri Teguran Halus Buat Netizen – “Always Be Kind”

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil memberi kenyataan balas berkenaan teguran netizen terhadap perubahan bentuk badannya selepas bersalin.

Terdahulu, Uyaina telah memuat naik kenyataan seorang individu yang menegur badannya selepas bersalin di Instagram Storynya, sehingga menarik perhatian pelakon Mona Allen untuk membela nasibnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Komen Badan Uyaina Arshad Berisi Lepas Bersalin, Mona Allen Pertahankan – “Komen Jenis Apa Ni?”

Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina telah memuat naik gambarnya yang sudah kembali bekerja selepas berpantang diiringi kapsyen mengenai ‘body positivity’ dan memberi teguran halus mengenai isu tersebut.

“Body positivity is a social movement focused on the acceptance of all bodies, regardless of size, shape, skin tone, gender, and physical abilities, while challenging present-day beauty standards as an undesirable social construct,” tulisnya.

Namun, pelakon itu turut meluahkan rasa kecewanya apabila ada segelintir pihak yang sering menegur atau ‘body shaming’ penampilan terkininya.

Dalam perkongsian tersebut, Uyaina juga menyatakan dia sedar akan perubahan tubuh badan yang dialaminya selepas melahirkan anak lelakinya, Raja Urhan.

Menurut Uyaina, pengalaman melahirkan anak itu merupakan sesuatu perkara yang bermakna buatnya biarpun perlu berdepan dengan masalah tersebut sebelum dan selepas bersalin.

“Genap 2 bulan lepas Uyaina bersalin anak pertama. Badan saya melalui perubahan yang sangat banyak sewaktu mengandung dan selepas bersalin.

“Childbearing is such a beautiful journey that I wouldn’t trade with anything else in this world, including the changes it does to my body.

“Yes I’ve put on weight. You don’t have to tell me that. I already know. And yes I’m trying to lose weight. In fact, everyone is fully aware of whatever physical insecurities they have; weight, height, skin,” katanya.

Selain menganggap perkara tersebut sebagai sikap yang kurang sopan, Uyaina turut berpesan agar mereka sekurang-kurangnya menjadi lebih sensitif dan peka terhadap situasi yang dialami oleh setiap ibu mengandung.

“In fact, I always feel that it’s very rude for us to point out someone’s physical.

“Makin berisi sekarang. Tak cantik macam dulu.
“Eee kurusnya badan! Sakit ke?
“Omg teruknya kulit! Tak jaga hygiene lah tu.

“Don’t rub salt into the wound. Everyone is fighting a battle you know nothing about. The least you can do is be kind. Always be kind,” jelasnya.

Selain itu, isteri kepada Raja Syahiran itu juga sempat memberi kata-kata positif buat para ibu yang turut berusaha untuk mengekalkan kecantikan mereka selepas bersalin.

“Kepada para ibu. Sayangilah tubuh badan anda walau apapun perubahan yang berlaku. Sayangi tubuh badan anda biarpun ianya berbeza dari sebelumnya. Love your body, regardless,” katanya.

Selain Mona, Ozlynn, Bella Dally, Ramona Zamzam dan Ika Nabila juga turut memberi semangat dan membela nasib pelakon itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 May 2018

Malaysian Team Takes Home Gold Medal in Asian Pastry Cup

The group will be moving on to the Olympics of pastry soon!

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Ibu Tak Restu, Puteri Sarah Dedah Kena Habis Belajar Dahulu Baru Boleh Jadi Artis

Reda Allah terletak pada reda ibu jugak tau! Kalau ibu tak restu, apa pun tak menjadi.

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Trending Wed, 14 Jul 2021
Featured Fri, 3 Apr 2020

Kulot sesuai semua saiz badan, selesa pula!

Selesa walau apa sahaja kegiatan dilakukan

Featured Tue, 26 Dec 2023

Cantiknya! Syafiqa Melvin Kahwin Kali Kedua, Momen Usap Pipi Anak Bikin Netizen Sebak

Alahai, sebaknya tengok Zayyan tu memang sebijik arwah ayah dia😥

Featured Sat, 11 Sep 2021

Tan Sri Zaman Khan Meninggal Dunia

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu. Difahamkan, Zaman Khan,78, meninggal dunia pada jam 10.15 pagi dan jenazah akan […]

error: Content is protected !!