Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 26, 2023 @ 1:06pm

Cantiknya! Syafiqa Melvin Kahwin Kali Kedua, Momen Usap Pipi Anak Bikin Netizen Sebak

Usahawan yang juga kakak kepada pelakon, Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan kali kedua baru-baru ini.

Tampil anggun mengenakan persalinan berona krim, syafika menerusi hantaran di Instagram bersyukur apabila dipertemukan dengan suami yang sudi menerima anak-anaknya setelah 5 tahun menjanda.

“Alahmdulillah, 24.12.2023 kak Long selamat bergelar isteri setelah lima tahun hidup sendiri dengan anak-anak.

“Perjalanan kami dipermudahkan dengan kuasa yang maha esa.

“At last, saya bertemu dengan seseorang yang menyayangi saya dan paling penting menerima anak-anak saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kaklong KekaSih (@syafiqamelvin)

 

Manakala, menerusi perkongsian yang tular di TikTok pula, rata-rata netizen berasa sebak apabila melihat momen Syafiqa mengusap pipi anak-anaknya.

“Saya pun single macam Kak Long, watch this video is really touching,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

 

Sekadar info, Syafiqa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 2012.

Namun, Zainal Abidin disahkan meninggal pada akibat kanser darah pada 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dengan dua cahaya mata, Zayyan Sufi, 10 dan Zahara Sumayya, 8.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Fri, 23 Feb 2018

Faye自爆遭「踢出F.I.R.」网友怒洗版!

飞(Faye)22日自爆遭踢出F.I.R.(飞儿乐团),陈建宁随后也证实飞离开乐团,突如其来的消息震惊大票歌迷,回顾3个月前闹出合约问题时,飞曾感性发文。如今却无预警遭踢出,令不少网友气得上F.I.R.粉丝专页留言洗版!

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Events Wed, 24 Aug 2022

Nama Tercicir Sebagai Tetamu KLFW 2022, Ning Baizura Bengang Dengan Sikap Segelintir ‘Orang Kaya’ – “Class Can’t Be Bought!”

Banyak je ‘orang kaya’ macam ni 😌 Bak kata Ning Baizura, That’s not classy at all!

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
error: Content is protected !!