Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 3, 2018 @ 6:52am

‘Terima Kasih Semua’, Yuna Umum Tutup Kedai

Penyanyi Yuna mengumumkan butik miliknya, November Culture di Subang Jaya terpaksa ditutup atas alasan faktor kewangan.

Selepas hampir enam tahun beroperasi, Yuna mengakui dia berasa sedih dengan penutupan itu kerana menyayangi perniagaan tersebut sepenuh hati.

“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal, kerana keadaan tidak dapat dijangka dan saya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk meneruskan perniagaan,” tulisnya.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai menulis dia juga bangga kerana kedai tersebut tidak bergantung kepada mana-mana pihak sepanjang enam tahun beroperasi.

Tambahnya, ” Tidak ada pelabur, tidak ada penyokong, tidak ada yang memberitahu saya apa yang hendak dijual atau dilakukan untuk menjadikan barang itu laku, hanya saya dan beberapa orang yang melakukan apa yang kita suka, kita juga mendapat pengikut yang besar di seluruh dunia!” Katanya.

Di kesempatan itu juga, penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang menjalankan operasi kedai tersebut.

“Terima kasih semua untuk sokongan anda, jurugambar, kakitangan, pelanggan. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk melakukan ini Saya tidak berputus asa, saya baru memulakan babak baru dalam hidup saya,” Jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

Events Tue, 9 Jul 2019

林子祥笑称演唱会不需嘉宾!从小对榴莲有阴影

林子祥笑称演唱会不需嘉宾!虽然常来大马,但自小就对榴莲有阴影……

Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

Featured Thu, 25 Apr 2024

Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

Menipu, membelakangkan ibu adalah kesalahan besar buat anak-anak apatah lagi bila kes macam ni. Kesian lah dekat mak bapak👀🤧

error: Content is protected !!