Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 17, 2023 @ 11:27am

Selamba Muat Naik Video, Peminat Desak Hafidz Roshdi ‘Explain’ Isu Curang! Netizen Komen: “Kalau Prank, Aku Doakan Jadi…”

Sejak semalam, nama pelakon Hafidz Roshdi semakin menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila isterinya, Nur Shuhada Mat Shukri mendedahkan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya.

Lebih mengejutkan, Shuhada memaklumkan menerusi perkongsiannya di Instagram Story bahawa, wanita tersebut pernah datang ke rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

Ekoran pendedahan tersebut, Hafidz bagaimanapun tidak berdiam diri apabila memuat naik hantaran di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen berbaur sindiran.

“Tengah komen kat bawah ke tu?,” tulis Hafidz di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Hafidz (@hafidz.roshdi)

 

Sedar dengan kontroversi yang melanda dan kecaman yang diterima, aktor itu sekali lagi muncul dalam sesi Live di TikTok miliknya sehingga meraih lebih 12,000 tontonan pada Khamis.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Hafidz kelihatan sedang berjalan-jalan bersama anaknya di sekitar kawasan perumahan sambil tersenyum melayan pertanyaan dan ‘hadiah’ yang diberikan peminat.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka dek kerana Hafidz kekal mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang reaksi walaupun diasak dengan pelbagai pertanyaan melibatkan isu rumah tangganya.

 

Malah, ada yang beranggapan konflik rumah tangganya hanyalah ‘prank’ semata-mata kerana pelakon itu dilihat tenang dan masih mampu tersenyum melayan peminat pada sesi Live tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat segelintir netizen yang bertanya tentang keberadaan isterinya namun Hafidz menjelaskan, isterinya tidak dapat menyertai siaran Live tersebut gara-gara tidak memakai tudung.

@hannana70 Kita kena prank ke ni geng? 😂🤣 papepun doakan yang baik2 je lah okey. #hafidzroshdi #curangsatupilihan #setia #hatihati ♬ original sound – Hanna Dahlia

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Individu Terdekat Dakwa Mangsa Kes R*g*l Da’i Syed Cuba B*n*h D*ri?

Seorang individu tampil berkongsi keadaan mangsa kes rogol membabitkan pendakwah bebas, Da’i Syed

Featured Tue, 10 May 2022

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Pasal nasi goreng pun boleh bawa gaduh ke?

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Percaturan Ismail Izzani Menjadi?

Semoga Ismail Izzani terus sukses!

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Selebriti Fri, 1 Sep 2023
Figura Fri, 12 Jan 2024

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Perkara yang dinyatakan dalam filem tersebut dikatakan bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kejayaan Neelofa Berkat Doa…?

Hubungan rapat pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Nor dengan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed bukanlah rahsia.  Sering mendoakan kejayaan dan keselamatan anaknya yang kerap mengembara atas urusan kerja, ramai yang dambakan ibu […]

error: Content is protected !!