Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 7, 2024 @ 1:33pm

Hasrat Gabung Pemuzik 3 Negara Tak Jadi Nyata, Osem Han Teruskan Supernova Secara Solo

Selepas kejayaan single lagu pertama, Pilihanku, penyanyi kelahiran Singapura, Osem Han tampil pula dengan single lagu kedua berjudul Supernova.

Supernova diciptakan oleh Osem bersama temannya yang juga seorang gitaris, Alif Putra mengisahkan tentang semangat perjuangan diri untuk tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.

Menurut Osem, Supernova begitu istimewa buat dirinya kerana ia sebuah nasihat dan motivasi yang berguna buat semua lapisan masyarakat.

“Seperti makna Supernova iaitu api yang paling panas dan cahaya yang paling terang, api itu adalah semangat dan cahaya itu harapan. Dan ia sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat. Kerana itu juga terdapat kanak-kanak dalam babak muzik video Supernova.

“Selain motivasi pemberi semangat, sisi lain lagu ini juga ada unsur-unsur persahabatan dan realiti kehidupan masa kini,” katanya.

Muzik video Supernova diarahkan oleh Amylea Azizan.

Dalam pada itu, Osem mendedahkan dia sepatutnya menjayakan Supernova secara berkumpulan membabitkan dua lagi ahli muzik popular dari negara Malaysia dan Indonesia.

Namun, kerana kegagalan memenuhi komitmen tertentu, Osem meneruskan Supernova secara solo.

“Ketika mencipta Supernova, saya membayangkan lagu ini dipersembahkan secara berkumpulan dan ahli kumpulan saya ketika itu juga bukan calang-calang orangnya.

“Siap dah bikin muzik video bersama lagi, tetapi nak buat macam mana kan, kerana komitmen masing-masing sehingga sukar menguruskan jadual untuk disatukan bersama, kami mengambil langkah untuk tidak meneruskan hasrat tampil berkumpulan.

“Muzik video yang sudahpun siap untuk ditayangkan juga terpaksa disunting semula agar ia bersesuaian dengan konsep persembahan solo,” tuturnya.

Tahun lalu, selepas 30 tahun terbabit dalam dunia seni muzik, Osem memberanikan diri tampil dengan single pertamanya berjudul Pilihanku.

Pilihanku berjaya menembusi carta Radio Ria Singapura menduduki tangga kesembilan. Malah Pilihanku masih lagi diputarkan di radio-radio Singapura sehingga kini.

“Sejujurnya saya sendiri tidak sangka single pertama saya mendapat sambutan yang sangat baik di Singapura tanpa sebarang promosi.

“Pada mulanya saya tidak yakin ia mampu menjadi hits dan sambutan yang menggalakkan itu buatkan saya lebih yakin untuk meneruskan ciptaan single lagu kedua pula iaitu Supernova,” ujarnya.

Sementara itu, Supernova sudah boleh dimuat turun di semua pelantar digital termasuklah di youtube Seventeen Eleven yang kini berjaya meraih kira-kira hampir 60,000 tontonan sejak dilancarkan 19 Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 14 Dec 2019

Greta Thunberg, 16, dinamakan ‘2019 Person of the Year’ oleh majalah TIME

Kecil molek tetapi kebijaksanaannya mengalahkan orang tua!

Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan […]

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ziana Zain sudah ‘move on’!

Ziana memberitahu, dia  perlu  kuat dan meneruskan kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Inul Daratista Bongkar Rahsia Suami, Rupa-Rupanya…

Alala, comel je pasangan ni kan…

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Jangan Tinggalkan…” – Netizen Puji Sifat Manja Neelofa Dengan Suami

Manjanya tengok Neelofa dengan suami sampai tak boleh berjauhan ya.

Featured Thu, 29 Sep 2022
error: Content is protected !!