Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 9, 2022 @ 1:19pm

“Kau Ingat Artis Ni Binatang Ke?” – Datuk Hattan Ulas Isu Lelaki Dayus, Hilang Roh Bersalaman Dengan Artis

Baru-baru ini, tular video Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang menggelar suami ‘dayus’ kerana isteri bersalin menggunakan khidmat doktor lelaki.

Terkini, penyanyi Datuk Hattan tampil meluahkan rasa tidak puas hati dengan pendapat dan cara penyampaian Ustazah tersebut.

“Nak berdakwah boleh, nak bagi nasihat boleh. Tetapi cara kau dengan menghamun-hamun orang tu tak betul. Kau cakap kalau doktor lelaki sambut bersalin, suami dayus.

“Kau jangan sesuka cakap. Dia bukan macam tu. Kau kena pilih bahasa-bahasa yang elok. Tak salah menasihat tetapi cara kau tak kena.

“Ustaz Azhar Idrus beritahu tidak dayus kalau doktor itu lelaki macam kes kecemasan, siapa nak tolong? Kau ingat semua doktor bersalin perempuan dekat Malaysia ni ke?,” katanya.

Selain itu, dia turut berkecil hati dengan kenyataan Ustazah tersebut bahawa bersalaman dengan artis boleh menyebabkan roh hilang daripada badan.

“Hina betul artis ni kan? Sedap mulut kau je. Kau ingat artis ni binatang ke? Najis mughallazah ke?

“Artis ni, kita ni tak suka nak menunjuk. 90 peratus artis dekat Malaysia ni kebanyakkan semua dah sampai ke Tanah Suci, sama ada umrah dan haji,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Susulan perkara itu, dia kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan Ustazah berkenaan sangat merendahkan golongan artis.

“Kalau kau cakap bersalaman tu batal air sembahyang ke, bukan muhrim ke, itu kita faham. Tapi bila kau cakap salam tu hilang roh, Allah…. Macam hina betul artis ni.

“Kau cakap tu cuba fikir lah dulu. Kau nak mentarbiah orang, kau laki bini sama je. Kau ingat lebam dekat dahi tu boleh pergi syurga ke? Tolong eh,” ujarnya geram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Nov 2019

This Virtual Windowless Plane Look So Spectacular, It Could Be A Reality Within 10 Years!

The future of airplane is looking more like a reality than just a dream..

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Selepas Setahun ‘Bercuti’, Naim Daniel Sambung Belajar

Doakan agar Naim berjaya menghabiskan pengajian tepat pada masa!

Eat Travel Mon, 2 Dec 2019

21 makanan yang tidak elok disimpan dalam peti sejuk. Nombor 11 macam pelik je?

Suhu peti sejuk akan menjejaskan rasa semua makanan yang disenaraikan!

Hiburan Sat, 6 Apr 2024
Featured Fri, 28 Feb 2020
Hiburan Sat, 30 Aug 2025
error: Content is protected !!