Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 9, 2022 @ 3:50pm

Spekulasi Terjawab, Shuib Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Watie – “Kalau Dia Boleh Jadi Jodoh Saya, Apa Salahnya?”

Baru-baru ini, sebuah foto yang dimuat naik oleh pelawak, Shuib bersama anak-anak di sebuah restoran mewah menjadi perhatian warganet apabila terlihat sosok seorang wanita di cermin.

Figura wanita yang terpantul di cermin itu dipercayai seorang usahawan yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kongsi Foto Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Dakwa Shuib & Anak-Anak Keluar Makan Dengan Watie? – “Ada Pantulan Camerawoman Kat Belakang Tu”

Tampil menjelaskan perkara sebenar, memetik laporan mStar, Shuib mengakui bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan wanita itu.

Malah, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memaklumkan bahawa dia juga tidak menolak jika wanita tersebut adalah jodohnya di samping memohon doa orang ramai.

“Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan maka itulah sebenarnya. Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan.

“Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya,” jelasnya kepada mStar.

Namun begitu, Shuib menjelaskan yang kini dia lebih mengutamakan kepentingan anak-anak di mana mereka memerlukan kasih sayang daripada seorang wanita.

“Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang. Mereka perlukan kasih sayang dan sentuhan seorang wanita. Kalau orang ini yang boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan.

“Takut nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu,” katanya.

Walaubagaimanapun, Shuib meminta agar warganet untuk tidak cepat mengkritik dan memberi ruang kepadanya untuk mengatur segala aspek.

“Saya tahu mungkin ramai yang ambil berat tentang saya. Berikanlah saya ruang untuk Menyusun dan melalui fasa ini. Harap semua tidak terlalu cepat mengkritik. Pastinya saya akan ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan untuk kembali berkahwin.

“Apabila ada yang terlalu cepat menilai dan jatuh hukum, ia membuatkan rasa terasa hati. Saya pun tak tahu apa yang orang mahukan,” luahnya lagi.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

OMG Wed, 13 May 2020
Featured Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Thu, 20 Feb 2020
Hiburan Sat, 4 Jan 2020

Abang Sulung Naqiu Kembali Ke Rahmatullah

Semoga rohnya dicucuri rahmat…

Featured Tue, 13 Dec 2022

Aaron Aziz Beri Teguran Orang Islam Minta Di Tilik Nasib

Min setuju dengan teguran Aaron tu..

Trending Sat, 24 Oct 2020
Hiburan Sun, 4 Aug 2024
error: Content is protected !!