Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 9, 2022 @ 7:42pm

Pemergian Bapa Jadi Titik Terendah Kehidupan Cakra Khan

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan pemergian bapa tersayang merupakan titik terendah dalam hidupnya.

Banyak kejadian yang tak diduga berlaku kepada pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, terutamanya ketika awal pandemik.

“Sebetulnya waktu Covid-19, banyak hal yang terjadi dan pada waktu itu juga lah adalah my lowest point sebab saya kehilangan ayah dan juga kawan. Banyak kejadian yang tidak diduga.

“Waktu ayah sakit, saya ada menemaninya di rumah tapi ada satu hari itu saya mahu berangkat ke undangan nyanyian, tiba-tiba saya dapat tahu keadaan kesihatan ayah drop.

“Jadi, saya patah balik, batalkan show dan tidak lama selepas sampai di hospital, ayah sudah meninggal dunia,” dedahnya.

Menurut Cakra, momen bersama keluarga dan ibu merupakan salah satu pembakar semangat untuknya kembali pulih.

“Waktu bersama keluarga dan ibu menjadi pembakar semangat untuk saya kembali pulih,” katanya.

Cakra ditemui di sidang media Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 di Shook! JW Marriot, Kuala Lumpur.

 

Tambahnya lagi, pemergian bapanya itu secara tidak langsung telah membuatkan dia lebih menghargai masa dan momen bersama ibu tercintanya.

“Kalau dulu, bila saya tengah kerja dan ibu telefon, saya akan biarkan. Tapi sekarang, walaupun saya tengah sibuk di acara pasti saya akan terus angkat.

“Sibuk macam mana sekali, saya tetap akan lebih menghargai masa bersama ibu dan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 30 tahun itu turut mengumumkan akan mendedikasikan segmen tribute khas di konsert akan datangnya sebagai tanda menghargai jasa arwah bapa yang tidak pernah putus asa menyokong minatnya dalam dunia nyanyian.

“Banyak benda yang saya menyesal sebab ayah yang banyak memberi sumbangan dalam setiap karya saya. Dia yang mendorong saya untuk menjadi seorang penyanyi. Jadi, di konsert nanti akan ada tribute untuk ayah,” akhiri Cakra.

Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 20 Januari di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Oct 2025

“Jika Disabitkan Maka Jatuh Talak Dua” – Peguam Sahkan Nubhan Pernah Lafaz Cerai Dua Kali 

Penyanyi dan usahawan, Nubhan didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu pada tahun 2017 dan Ogos lalu.

Featured Tue, 23 Jan 2024

Mamat Exist Didakwa Miliki & Hisap Dadah Jenis Methamphetamine Secara Berulang 

Mamat mengaku tidak bersalah hari ini selepas didakwa atas pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah lima tahun lalu.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Maher Zain Rakam Dua Lagu Baharu Tahun Ini

Korang dah dapatkan tiket ke belum? Dapatkan tiket di www.tixmalaysia.com.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Alicia Amin Dan Nasi Lemak 50 Sen?

Wow! sekarang pun nasi lemak dah mahal tau

Featured Tue, 4 Jun 2024
error: Content is protected !!