Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 10, 2022 @ 11:52am

Tarbiah Anak Muda Tak Keluar Mengundi, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas berkenaan generasi muda kini tidak mahu keluar untuk mengundi.

Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh @izzatramlii di akaun TikTok miliknya, Asma risau dengan sesetengah golongan yang tidak mengendahkan sistem pemerintahan negara dan perkara itu adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.

“Tak payahlah yang ni pun tak betul ni pun tak betul, senang tak payah undi!

“Perasan atau tidak suara itu semakin kuat. Generasi hari ini, mula rasa tak penting berkenaan ingin pergi keluar mengundi. Alah semua tak boleh percayalah senang tak payah undi, nanti salah undi dah kena jawab depan Allah.

“Adakah dia tak keluar mengundi tak kena jawab? Apa yang akan berlaku apabila melayu Islam mula tidak mahu mengambil tahu, buat tak endah dengan sistem pemerintahan, tak ambil peduli dan tak keluar mengundi boleh jadi satu hari nanti pemerintahan negara bukan di tangan Melayu Islam.

“Bila orang Melayu Islam mula tidak mengambil tahu, akan ada pihak yang ambil kesempatan. Mahukah negara ini tergadai?” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mula sedar betapa pentingnya untuk mereka keluar mengundi kerana masa depan negara terletak di tangan mereka dan mengucapkan terima kasih kepada Asma akan pencerahannya itu.

“Mak aku pesan benda yang sama dulu, bila capai umur 21 tahun dia suruh daftar undi,” tulis seorang warganet.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 330,000 tontonan, 542 komen dan lebih 38,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Siti Nurhaliza Yakin Kemampuan Hael, Anta Permana Boleh Didengar Bermula Esok!

Tambah Siti, Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa maksud ‘tidak terkira’ atau infiniti. Kami dah tak sabar nak dengar, mesti best kan!

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

“Salah Orang Nampak, Tapi Kena Ingat Diri Kita Juga Tak Baik…” – Ibu Shila Amzah

Dalam bahasa mudah, kena cermin diri kita dulu dalam apa jua situasi 🙂‍↔️

Trending Sat, 4 Aug 2018
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Siti Nurhaliza, Hijjaz Gabung Pentas Di Karnival Mahabbah 1.0

Acara ini akan diadakan pada 24 April bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh selaku penaja. Pembelian meja dibahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum RM5000 (berdekatan pentas utama), Gold RM3000 (tengah dewan), Silver RM2000 (belakang). 

error: Content is protected !!