Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 10, 2022 @ 4:09pm

Amy Search, Anna Jobling, Hael Husaini Antara Artis Bakal Memeriahkan ‘Konsert Anak Muda Gegor Bera’

Penyanyi rock tanah air, Amy Search dan pelakon drama fenomena `Melur Untuk Firdaus’, Anna Jobling antara artis yang bakal memeriahkan ‘Konsert Anak Muda GEGOR Bera’, yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, pada 12 November ini, jam 8.30 malam.

Konsert yang diadakan sempena Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda Gegor Bera itu turut menampilkan beberapa lagi penyanyi terkenal tanah air seperti Hael Husaini, Afieq Shazwan, Zoey Rahman, Nizam Laksamana, Fazli Zainal, Santesh, Lock Up, Ex Puxxle dan Lin Kah Jun.

Konsert yang diadakan secara percuma ini bertujuan menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia di kalangan penduduk Bera yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama, selain muzik sebagai elemen perpaduan.

Dalam pada itu, Amy Search melahirkan perasaan teruja kerana dapat beraksi kali pertama di hadapan Keluarga Malaysia di Bera.

“Pastinya saya akan memberikan persembahan istimewa untuk peminat-peminat yang ada di Bera malam Sabtu nanti. Nak tahu apa yang istimewa, kenalah datang beramai-ramai ke Konsert Karnival Keluarga Malaysia Sabtu ini,” kata Amy yang popular dengan lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu.

Sementara itu, Anna begitu teruja untuk turun ke Bera bertemu peminat apatah lagi ramai di kalangan para peminatnya telah menhantar pesanan secara DM di akaun instagram miliknya menyatakan hasrat untuk bertemu.

“Sejak semalam, saya tak putus-putus menerima mesej peminat dari Bera yang bertanyakan tentang kehadiran saya di Program Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Miat Quadra E-Sport Club, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal, yang juga penganjur Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda Gegor Bera berkata, konsert itu diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera serta kawasan sekitarnya.

“Kita maklum bahawa selain sukan, bidang hiburan juga merupakan platform berkesan dalam menyatupadukan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai program menarik bakal berlangsung dalam Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda Gegor Bera, di Dewan Konvesyen Bera pada Sabtu, 12 November 2022 antaranya termasuklah Santai eGames, Karnival Kerjaya dan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Manakala Konsert yang dibarisi oleh artis-artis terkenal akan berlangsung dari pukul 8.30 malam sehingga 11 malam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijadual merasmikan Pertandingan eGames yang diadakan bertujuan mencungkil bakal belia dalam e-sukan, yang kini telah menjadi kerjaya sukan di peringkat antarabangsa pada pukul 12.30 tengahari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Siti Elizad Masih Bahagia?

Sebagai peminat lebih elok jika kita doakan yang baik-baik sahaja

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

王心凌新专辑「粉爱妮」向甜蜜致敬的经典款

Cyndi王心凌即将在12月推出第12张专辑!日前她个人IG出现一款「粉爱妮」IG九宫格,可说是向甜蜜致敬的经典款。

Hiburan Thu, 23 Apr 2026
Hiburan Mon, 5 Jan 2026

“Saya Terharu Tanpa Sedar Bahagiakan Orang” – Layanan Ikhlas Cik B Buat Ibu & Peminat Cilik Sebak

Netizen menyifatkan Cik B sebagai seorang figura muda yang merendah diri, penyayang dan tidak kekok melayan orang sekeliling.

Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Makin Sihat Di Rumah, Henti Sebar Berita Kematian AR Badul

Ish, terkejut warganet tau. Hal kematian jangan dibuat main wak!

error: Content is protected !!