Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 11, 2022 @ 5:57pm

[VIDEO] “Tak Habis Lagi Ke Dia Ni?” – Bidas Respons UAI Isu Bersalin Darurat, Netizen Bengang Dengan Ustazah Viral

Isu bersalaman dengan artis belum sempat reda, timbul isu ‘ustazah viral’ membidas respon Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI mengenai bersalin dengan doktor lelaki.

Menerusi perkongsian @m_hafizek di TikTok, ustazah viral atau nama sebenar Siti Afifah Shahbudin menegaskan perkara itu adalah masalah wanita dan hukum lelaki dayus itu ditetapkan oleh Allah SWT.

“Ustaz, ustazah nak bagitahu seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung, beranak dan bersalin. Ini masalah wanita tau ustaz.

“Yang meletakkan hukum dayus ni, tanda-tanda dayus ni Allah Taala,” katanya.

Menurutnya lagi, ustazah ini mempersoalkan tentang pengalaman UAI sebagai seorang lelaki yang tidak menjalani proses bersalin anak.

“Saya nak tanya ustaz, ustaz pernah ke duduk di tempat wanita bersalin dalam tu? Pernah ke? Pernah ke merasa sakit beranak?,” ujarnya kebingungan.

@m_hafizek Replying to @s_yqjs ♬ original sound – MR H A F I Z E K

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan penyataan yang ustazah berikan terhadap UAI.

“Ya Allah. Tak habis lagi ke dia ni?

“Dimanakah logiknya soalan “Pernah ke ustaz merasai pengalaman bersalin?” kepada seseorang yang jelas nyata dan terang fizikalnya lelaki? Dah habis point nak bantai balik ke macam mana tu?

“UAI cerita pasal darurat.. Apa kena mengena dengan pernah rasa mengandung ke tak?,” komen netizen.

Malah, ada juga yang menegur agar ustazah tersebut jangan bongkak dan terima teguran yang diberikan.

“Ustazah-ustazah…Hadoi..Terima je lah kalau orang tegur tu…Jangan lah bongkak sangat,” kata netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Jun 2020

PKPB: Boleh Rentas Negeri Untuk Urusan Akad Nikah, Sesi Foto Pra Perkahwinan

Berita baik buat pasangan yang ingin berkahwin..

OMG Thu, 30 Apr 2020
Featured Sun, 14 Nov 2021

Janna Nick Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 34

Anugerah Bintang Popular (ABPBH ke-34) yang bertemakan ‘Kita Bersama’ malam ini berlangsung dengan meriah menerusi siaran langsung di TV3. Mempertandingkan sebanyak 14 kategori utama dan 4 kategori online, keputusan disampaikan oleh barisan pelakon, personaliti media […]

Featured Sat, 28 Dec 2024
Featured Fri, 13 Jul 2018
Featured Thu, 19 Jan 2023
error: Content is protected !!