Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 7, 2018 @ 11:37pm

Snapchat ‘Turun Padang’ Banteras Salah Guna Media Sosial!

Usaha membanteras ucapan mengecam dan ekstremisme dalam talian bakal disokong oleh aplikasi Snapchat!

Syarikat gergasi itu telah bersetuju untuk menyertai kumpulan gergasi internet Amerika Syarikat yang ditaja oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk membanteras ucapan mengecam dan peri laku ekstremisme dalam talian.

Ini bermakna Snapchat bakal menyertai aplikasi lain seperti Instagram dan rangkaian sosial Google+ serta laman sosial pelopor dalam kumpulan itu iaitu YouTube, Microsoft, Twitter dan Facebook dalam ‘kod tata laku’ untuk melihat kandungan yang mencurigakan dalam masa 24 jam dan mengeluarkannya.

“Saya mengalu-alukan komitmen Snapchat untuk menangani kandungan dalam talian yang tidak sah.

“Peningkatan jumlah peserta membuktikan bahawa Kod Etika EU adalah cara yang efisien untuk menjadikan internet tempat yang lebih selamat. Ini amat penting kerana ia akan membantu melindungi generasi muda yang menggunakan Snapchat,” kata Pesuruhjaya Kehakiman EU, Vera Jourova dalam satu kenyataan.

EU bergabung dengan firma internet gergasi yang berpangkalan di AS sejak dua tahun lalu di sebalik kemelut yang semakin memuncak di Eropah berhubung penggunaan media sosial sebagai alat merekrut terutama oleh kumpulan militan Daesh.

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 May 2025
Featured Sun, 10 Nov 2024

Nyanyian Fazura Dikecam, Pengurus Kesal Nama Dipetik  – “Saya Memang Tak Ada Kena Mengena Dengan Projek Lagu Itu”

Pengurs Fazura menegaskan bahawa dia tiada kena mengena dengan promosi lagu tersebut di Indonesia.

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai. Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama […]

Featured Wed, 14 Jan 2026

“Jangan Pernah Pisahkan Kasih Sayang Ayah Pada Anaknya”- Fazley Yaakob

Fazley turut mengingatkan agar setiap pasangan yang sudah berpisah kekal profesional dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

Hiburan Sat, 3 May 2025

Ryzal Ibrahim Dipuji Suami Mithali Bimbing Isteri Mualaf Baca Al-Quran, Netizen Doa Kekal Bahagia

Ryzal Ibrahim dipuji berjaya bimbing isteri mualaf, Maryam Younarae dekati agama Islam

Trending Tue, 24 Apr 2018

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya. Lihat betapa besar pengorbanan bapanya kepada anak, sanggup menukar nama!

error: Content is protected !!