Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 5, 2022 @ 7:13pm

Tya Arifin Kongsi Kisah Pertama Kali Jumpa Keluarga Datuk K & Datuk Seri Siti Nurhaliza – “Syukur Dapat Keluarga Mertua Yang Baik”

Usahawan, Tya Arifin, 28, menceritakan detik-detik pertama kali bertemu dengan suaminya, Asyraf Khalid di Indonesia.

Tya yang berasal dari Palembang, Indonesia itu berkata dia berasa terkejut apabila Asyraf yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu terus mengajaknya berkahwin ketika awal perkenalan.

“Asyraf berkawan dengan ramai selebriti Indonesia seperti Afgan, Rossa. Ketika itu ada acara di Indonesia, jadi saya hadir dan dia juga ada.

“Ketika itu, Asyraf ada minta nombor telefon saya, tetapi saya beri nombor telefon pengurus. Saya ingat dia nak tawar berlakon di Malaysia.

“Sudah tentu ketika itu saya ramai kenal dengan ramai orang namun dengan Asyraf saya juga berkawan seperti biasa dan berjumpa beberapa kali dan selepas itu hampir setahun kami tidak berjumpa.

“Waktu kami kenal rapat ketika Asyraf ke Indonesia sekali lagi, ketika itu dia ingat saya jadi dia hubungi saya untuk berjumpa.

“Pertama kali berjumpa dan dia berkata dia mahu berkahwin, ketika itu saya berumur awal 20an, saya juga terkejut sebab saya baru nak mulakan karier berlakon.

“Jawapan saya kepadanya ialah, kita jalani dahulu, kita tengok macam mana, kalau ada jodoh, ada lah,” kongsi Tya menerusi sebuah program bual bicara bersama Neelofa, baru-baru ini.

Tambah Tya yang juga seorang pelakon Indonesia itu, dia berasa gementar saat pertama kali berjumpa keluarga Asyraf namun tetap mengawal dirinya agar kelihatan tenang.

“Sudah tentu perasaan nak jumpa itu gementar juga sebab nak jumpa Datuk Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya cuma jadi diri saya sendiri, ketika jumpa tu saya kena kawal juga sebab saya datang bukan sebagai peminat tetapi kawan kepada Asyraf.

“Pada mulanya saya berjumpa dengan keluarga Asyraf, saya tak banyak cakap, senyap saja tapi sekarang ni tak berhenti bercakap.

“Saya ada prinsip dalam hidup saya, apa yang saya boleh kawal dan apa yang tidak boleh saya kawal,” jelasnya.

Tya juga meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan keluarga mertua yang baik malah berasa kagum dengan suaminya yang bersifat bebas.

“Saya bersyukur dapat keluarga mertua yang sangat baik.

“Tetapi apa yang buat saya kagum apabila Asyraf adalah seorang yang bebas dan berdiri atas kaki sendiri lagi-lagi berkahwin dengan pilihan sendiri.

“Asyraf dan Tya tak mahu susahkan sesiapa kerana ini adalah pilihan kita. Dari situ Datuk K ada juga tawar untuk duduk sekali di rumah mereka tetapi kami tolak sebab tak mahu susahkan.

“Saya dan Asyraf juga lalui fasa berumah tangga yang mana kami perlu bina keluarga dari mula. Sudah tentu keluarga ada bantu tapi apa yang saya suka dengan Datuk K adalah dia menjadikan Asyraf ini seorang yang kuat,” katanya.

Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 25 Oct 2019

黄启铭因「饭盒」回归电视圈!张惠虹复出拍剧压力大

久违两年没接拍电视剧的黄启铭自爆因想念「饭盒」所以回归电视圈;而当了4年家庭主妇的「视后」张惠虹,终于也忍不住复出拍剧,直呼压力大!

Featured Fri, 28 Feb 2020
Hiburan Tue, 16 Jan 2024

‘Cover’ Lagu Jangan Mati Rasa Itu, Nyanyian Mila Jirin Ubati Rindu Peminat- “Merdunya, Please Buat Comeback!”

Menusuk terus sampai kalbu! Min memang tak boleh move on dengan cover Mila nih😍😭

Featured Tue, 24 Mar 2020
Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Shila Amzah Akui Tak Mudah Jadi Bintang Cilik, Beri Kesan Pada Mental – “Saya Sendiri Pernah Jumpa Doktor”

Shila Amzah berkata kehilangan pengalaman zaman kanak-kanak turut boleh memberi gangguan mental yang berpanjangan

Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.   […]

Trending Tue, 5 Jan 2021
Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Featured Wed, 19 Feb 2025

Simple, Klasik & Moden… Baju Nikah Dipuji Cantik, Siti Saleha Dedah Ia Hasil Rekaan Suaminya

Rekaan tersebut mengambil inspirasi dari jenama milik perniagaan Joshua iaitu Atelier  Fritton.

Events Fri, 3 Jan 2020
error: Content is protected !!