Featured By: Salma Syahbuddin November 17, 2022 @ 1:00pm

“Nak Kahwin Silakan! Tapi Terus Terang, Saya Kesian Dengan Dia”- Lufya ‘Blocked’ Juliana Farhana, Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Lagi

Perdebatan yang berlaku antara pelakon Lufya Omar, bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz dan tunang, pelakon Julia Farhana berkaitan isu nafkah anak masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Memetik laporan Gempak, Lufya memaklumkan, di sesi Live Instagram, dia mengetahui mengenai hubungan antara bekas suaminya itu dengan pelakon berkenaan malah tidak pernah timbul isu cemburu sebaik sahaja mengetahui pasangan tersebut bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Menurut Lufya, dia berasa kasihan dengan Julia kerana menganggap pelakon itu tidak pernah merasa dan melalui fasa bergelar sebagai seorang isteri mahupun ibu.

“Dah lama tahu pasal hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa jealous. Sebenarnya saya cakap terus terang yang saya kesian dengan Julia. Dia masih muda, orang kata belum lagi tahu perjalanan bergelar sebagai seorang isteri atau ibu.

“Mungkin saya rasa dia buta dalam percintaan sampai tak boleh nak fikir. Untuk jadi mak tiri kepada Haura saya rasa, impossible,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] ā€œAllah Akan Tunjuk! Doakan Saya & Anakā€¦ā€- Lufya Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Bekas Suami & Julia Farhana

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œSaya Dihina, Saya Diamā€ ā€“ Jawab Dakwaan Ganggu Lufya, Julia Farhana Buka Mulut.. Buat Laporan Polis 7 November Lalu!

tip depresi lufya omar

Meskipun begitu, Lufya mengakui isu berkaitan nafkah anak adalah isu sensitif.

Enggan urusan itu mendapat campur tangan dari orang luar, dia mengambil tindakan menyekat Julia menerusi aplikasi WhatsApp.

“Jadi pada awalnya kenapa awak mesej saya sepanjang 360 muka surat kemudian awak cakap nak chip in. Saya tak perlu duit awak sayang… Hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang dari teman lelaki awak.

“Saya block awak sebab awak tak ikhlas. Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz. Kemudian, kedua… awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz.Ā 

“Kenapa Hafiz minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak ni dan tak perlu suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu kerana itu memang tanggungjawab dia. Bukan nak berlagak tapi saya minta cerai sebab kesabaran saya sudah makin menipis,” katanya.

Terdahulu, isu nafkah anak membabitkan pasangan ini mula tular selepas Lufya tampil menuntut hak anak tunggalnya sekaligus menepis dakwaan kononnya tuntutan itu dibuat untuk dirinya sendiri.

 

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œSaya Ada Bukti Kukuh Untuk Diberikan Kepada Mahkamahā€ ā€“ Bekas Suami Dakwa Kenyataan Lufya Palsu, Cuba Berbincang Soal Anak Tapi Dibalas Dengan Fitnah

ARTIKEL BERKAITAN:2 Tahun Tunggu Tuntutan Hak Anak Selesai, Lufya Omar Dedah Dianiaya Peguam & Bekas Suami Culas Beri Nafkah! ā€“ ā€œRM300-RM500 Tak Relevanā€

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œDia Selalu Pukul Muka Sendiriā€ ā€“ Anak Pernah Alami Trauma Sejak Bayi, Lufya Syukur Keluarga Ada Ketika Susah Senang

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

Menjengah kehidupan Victoria Beckham, dia miliki segalanya yang didambakan wanita

Victoria juga sangat dikasihi suaminya David Beckham

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Majlis Aqiqah Anak Kedua Fouziah Gous

Dekorasi pelamin majlis aqiqah juga meriah dengan tempat beradu bayi yang dibuat dengan bentuk kapal layar selain tambahan hiasan lautan denga koral serta ikan nemo

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

ā€œDarah Tak Berhenti Keluar, Susah Nak Tidurā€ – Gangguan Misteri Jadi Punca Mawi Pernah ā€˜Hilangā€™

Penyanyi dan pengarah, Mawi mendedahkan dia pernah berhadapan dengan penyakit misteri sehingga membuatkan dirinya ‘hilang’ sebentar dari dunia seni. Mengenang kembali kejadian yang berlaku sekitar tahun 2015, Mawi menceritakan yang insiden itu bermula dengan darah […]

Featured Tue, 11 Oct 2022

Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Kisah keganasan rumah tangga membabitkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya masih mendapat perhatian ramai pihak. Peguam Rizky, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky dikatakan pernah melafazkan talak satu kepada Lesti ketika mereka […]

Trending Thu, 2 Jul 2020

Cipta sejarah! Malaysia Catat Sifar Kes Tempatan Buat Kali Pertama

Tahniah semua dan teruskan usaha capai angka sifar okay!

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Featured Wed, 20 Feb 2019
Hiburan Tue, 2 Apr 2019

‘Suara Dia Romantik Jadi…’- Komposer Terkenal Cipta Lagu Untuk Harris Alif

Betul ke lagu Pencinta ini boleh cairkan hati semua wanita kat luar sana?

Trending Fri, 2 Jul 2021

Jom Semak! Senarai Mukim, Lokaliti Yang Terlibat Dalam PKPD Di Selangor & WP Kuala Lumpur

Boleh semak senarrai berikut, kot-kot tempat korang kan?!