Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 24, 2022 @ 2:58pm

Agong Perkenan Lantik Anwar Ibrahim Sebagai PM ke-10

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

Menerusi kenyataan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri adalah dijadualkan pada jam 5 petang hari ini, di lstana Negara.

Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi sebanyak 82 kerusi di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi; Perikatan Nasional 73 kerusi; Barisan Nasional (30); Gabungan Parti Sarawak (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui kenyataannya pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Feb 2020
Trending Mon, 9 Dec 2019

Suruh Pesakit HIV ‘Stop’ Ubat, Dr Amalina Bersuara

Dr Amalina Persoal Gelaran ‘Doktor’ Individu

Featured Thu, 3 Jun 2021

M40, T20 Layak Terima Bantuan Moratorium

Bantuan moratorium akan diberikan kepada mana-mana individu yang mengalami pengurangan pendapatan dan hilang punca pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelayakan […]

Events Tue, 21 Apr 2020
Events Sat, 31 May 2025

“Syafiq Kyle Memang Anak Emak, Tapi Ke Arah Yang Positif” – Mimi Lana

Demikian respons pelakon Mimi Lana ketika ditanya mengenai hubungan rapat aktor itu dengan ibunya, Rohaya Sulaiman.

Trending Tue, 1 Sep 2020
error: Content is protected !!