Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2022 @ 3:35pm

Pengarah Filem, Azhari Zain Meninggal Dunia

Pengarah filem, Azhari Zain, 50, menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Sunway Alam Suria, Shah Alam pada jam 12.15 pagi ini.

Memetik laporan Berita Harian, berita sedih itu dikongsikan isterinya, Wahizatul Nureen Azmi atau mesra disapa Nureen menerusi pesanan WhatsApp.

“Assalamualaikum, Al-Fatihah buat suami saya Azahari Bin Mohd Zain. Allah lebih menyayangi beliau. Semoga dipermudahkan urusan arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin.

“Arwah berada di rumah, saya berada di sisinya melihat saat akhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” tulisnya.

Sebelum ini, pengarah filem 99 Kali Rindu itu dimaklumkan berada dalam keadaan sihat di rumahnya selepas terlantar sakit akibat diserang angin ahmar yang menyebabkan saluran darah dalam otak tersumbat.

Bahkan, akibat serangan tersebut, pergerakan arwah juga semakin terbatas, malah  hanya mampu memberi isyarat menerusi gerakan kepala atau hanya menunjukkan reaksi emosi seperti sedih.

Bagaimanpun, proses pemulihan arwah mula menampakkan perkembangan positif pada Julai lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

 

Untuk rekod, arwah Azhari atau nama sebenarnya, Azhari Mohd Zain memulakan kerjayanya pada 2004 dengan menjadi penulis dalam banyak projek filem antaranya, Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, dan Duyung.

Selain Jin Notti, arwah juga mengarahkan filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap dan Mantra.

Terkini,  jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang, pada jam 10.29 pagi tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Azhari dikapan dan disolatkan di Masjid Ar Raudah, Seksyen U10, Shah Alam.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Jul 2018

别再被骗!六点真相证明《小叮当》大雄根本是个超级天才!

相信不少大小朋友,小时候都曾经看过漫画或是卡通版的《小叮当》吧?每次考零分的大雄都把大家骗了,六点真相证明大雄根本是个超级天才!

Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtraGiveaway: Catch Disney On Ice Mickey’s Super Celebration Swirling into Town!

If you’re lucky you can win free tickets to the show!

Featured Tue, 2 May 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Video Lucah Tular, Ini Jawapan Zul Arrifin!

Teknologi sekarang makin canggih. Selapas ahli politik, Zul Ariffin pula menjadi mangsa ‘DEEPFAKE”.

Hiburan Thu, 12 Dec 2024
Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Pentas Macam Pelamin Kahwin, Sufian Suhaimi Nafi Sindir Sesiapa

Mana ada perli lah, Pian menghayati lagu je pun, sebab tu lah…

error: Content is protected !!