Euforia Bola 2026
familuv By: Halimey Zamal November 25, 2022 @ 12:50pm

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hafiz di laman Instagram, dia dan keluarga diraikan dengan kuntuman bunga mawar yang diberi oleh pekerjanya.

“Terharu saya dan isteri semua team tunggu kat Airport waktu saya balik.

“Waktu saya tiada, tiap hari saya hantar ucapan dan bunga untuk mereka. Itu tanda rindu, kasih saya kepada mereka. Bantuan juga mereka teruskan selama saya tiada ni.

“Empat hingga lima tahun saya kerja tanpa henti. Jujur kadang rasa diri exhausted. Saya doa hari-hari supaya kekuatan itu sentiasa ada. Kadang isteri dan team nasihatkan saya untuk berehat dan happykan mama dan abah yang sudah pencen.

“Masya-Allah, mama abah happy sangat waktu saya bawa mereka berehat. Ini first time dalam hidup dapat kenangan dengan keluarga macam ni di tempat orang. Insya-Allah saya akan terus kerja. Jika ada manfaat dari kudrat badan ini, saya niatkan untuk semua. Doakan saya, keluarga dan team yang baik-baik. Kejayaan demi Kebahagiaan!” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya gembira melihat Hafiz dan isteri sudah pulang ke Malaysia dan menzahirkan rasa terharu mereka melihat layanan baik para pekerja terhadap majikannya.

“Bila menghargai pekerja, Mereka pun akan hargai balik, macam mana kita memberi dan mendidik haa macam tu lah dia dapat balik,” tulis warganet.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 12 Apr 2019

Berkahwin dengan lelaki muda menyebabkan wanita mati lebih cepat! Anda berani?

Rahsia umur panjang bagi wanita adalah dengan mengahwini lelaki sebaya dengannya.

Hiburan Fri, 20 Mar 2026

“Tiada Mengalah, Semua Bincang Baik-Baik” – Amira Othman Teruja Sambut Raya Pertama Dengan Keluarga Besar Fattah Amin

Amira turut memuji sikap suaminya yang disifatkan fleksibel dan mudah berbincang dalam menentukan perancangan Aidilfitri mereka.

Hiburan Sat, 14 Dec 2024

Dr Ahmad Idham Muncul Dengan Filem Sahak Gangster, Pilih Wajah Baharu Hariz Hamdan & Nelissa Nizam Jadi Teraju Utama

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 9 Januari 2025, Sahak Gangster menampilkan dua pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Hariz Hamdan dan Nelissa Nizam selaku teraju utama.

Featured Wed, 3 Aug 2022

“Saya Tiada Masalah, Dia Sememangnya…” – Melodi Ganti Pengacara, Nabila Huda Nafi Cemburukan Ain Edruce

“Saya percaya Ain boleh menyerlah dengan mengendalikan program Melodi” – Nabila Huda

Hiburan Wed, 19 Apr 2023
error: Content is protected !!