Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 29, 2022 @ 1:00pm

“Saya Tak Warak & Tak Perlu Jelaskan Apa-Apa…”- Beraksi Ghairah Di Kelab Malam, Aedy Ashraf Akhirnya Buka Mulut

Pelakon Aedy Ashraf akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung isu kontroversi mengaitkan dirinya yang berkelakuan tidak senonoh di kelab malam seperti yang tular sejak September lalu.

Menurutnya, sebagai manusia biasa dia juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan malah mengakui dia juga tidak warak dan menjalani kehidupan sama seperti orang lain.

“Saya hanya manusia biasa, datang dari keluarga yang biasa maksud saya bukan warak juga membesar di ibu kota dan menjalani kehidupan sama seperti kebanyakan orang lain,” katanya.

Meskipun sering diajukan soalan yang sama, Aedy bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut berkenaan isu tersebut kerana baginya dia tidak berhutang dengan siapa pun kecuali ibunya.

“Saya tidak perlu menjelaskan isu ini kepada sesiapa kerana say atidak berhutang dengan sesiapa kecuali ibu saya.

“Selepas perkara itu berlaku, saya telahpun menjelaskan kepada ibu dan Alhamdulillah ibu sangat tenang dan kat adia kenal saya malah dia juga berpesan agar lebih berhati-hati,” jelasnya.

Memetik laporan Gempak, Aedy juga memaklumkan, dia cuba mengambil iktibar daripada kontroversi yang terjadi malah cuba untuk menjaga adab dan sikap serta reputasinya sebagai seorang anak seni.

“Saya muhasabah diri dan belajar banyak benda selepas perkara itu terjadi termasuklah jangan muda percaya kepada orang walaupun kawan sendiri.

“Terus terang saya akui kurang gemar untuk berkongsi dan bercerita kisah peribadi kepada umum kerana mahu fokus itu diberikan kepada kualiti lakonan saya sahaja,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Tular Kelibat Lelaki Didakwa Aedy Ashraf ‘Check In’ Kelab Malam Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:“Deepfake Tu… Muka Lain, Baju Pun Lain”- Peminat Back Up! Dakwa Video Cium Tular Bukan Aedy Ashraf

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Foto Berada Di Kelab Malam Di TikTok, Netizen Kritik Aedy Ashraf

Terdahulu, tular sebuah video seorang lelaki yang dikatakan persis Aedy berada di sebuah kelab malam dalam keadaan mabuk.

Malah, lebih mengejutkan, video terbabit memaparkan individu tersebut ghairah bercumbu dengan seorang wanita yang didakwa kekasih orang.

 

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Jul 2018

Jijik! Cabul Pelajar Kolej Di Tiga Lokasi Berbeza

Hari Raya Kedua orang sibuk beraya, lelaki ini sibuk mencabul pula. Kan dah kantoi!

Featured Tue, 31 Jul 2018

30 Hasil Lukisan Ilustrasi Ini Pasti Buat Anda Terpukau

Kalau anda lihat hasil lukisan Diego Cusano ini, pasti anda kagum!

Trending Sat, 19 Oct 2019

Thailand Dijangka Alami Musim Sejuk Suhu Serendah 7 Darjah Celcius

Tak payah pergi jauh jauh lagi kat Thailand pun dah sejuk

Featured Sat, 15 Feb 2025

Kembali Bergelar Isteri, Siti Saleha Selamat Bernikah Dengan Joshua Fritton

Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan diadakan minggu hadapan secara besar-besaran di Melaka

Featured Fri, 17 Jan 2020
Trending Thu, 4 Jun 2020
error: Content is protected !!