Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 28, 2022 @ 1:00pm

Muat Naik Foto Berpelukan Bersama, Individu Lelaki Ini Dakwa Zarina Anjoulie Bakal Isterinya? – “Doakan Hubungan Kami”

Minggu lalu tular beberapa keping foto yang memaparkan pelakon wanita, Zarina Anjoulie bersama seorang lelaki.

Menerusi muat naik di laman twitter itu, seorang lelaki dipercayai teman Zarina memuat naik beberapa keping foto bersama.

Lebih panas apabila Zarina dan lelaki tersebut kelihatan sangat mesra berpelukan seperti pasangan kekasih.

Namun apa yang membuatkan netizen tersentak apabila kapsyen pada hantaran tersebut sangat mengejutkan apabila lelaki tersebut menyatakan Zarina adalah bakal isterinya.

“Nah janji kena ditunaikan, doakan hubungan kami.

“#Bakal isteri,” tulis lelaki tersebut.

Ternyata perkongsian tersebut mengundang perdebatan netizen di ruangan komen yang rata-ratanya terkejut dengan kenyataan tersebut.

Tampil bersuara mengenai perkonngsian tersebut, Zarina memberitahu individu tersebut hanya sekadar kawan sahaja.

“Allahu aku memang tak boleh ada kawan laki ke? Adoi asal aku post je smua boyfriend aku.

“Asal aku post dengan laki je semua huru hara. It’s like I can’t even have guy friends now? Friends,” jelasnya.

Sekadar info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 2020 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu.

Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 May 2024

“Ini Bukan Pertandingan Siapa Menang, Siapa Kalah”-  Diperli Gagal Dapat Hak Interim Penjagaan Anak, Fizi Ali Perjelas Situasi Sebenar

Tak baik gelakkan atau buat tuduhan tanpa usul periksa. Nak gelakkan pun biarlah cerdik ye dak🤧

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Nazim Othman Lelaki Lembut?

Bagaimanapun, Nazimm langsung tidak mengambil peduli kata-kata kecaman peminat dan netizen diluar sana yang sibuk memperkatakan tentang beliau

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Alhamdulillah! Jodoh masih kuat! Semoga berbahagia FK & DD

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

“Pakai Jangan Seksi Sangat Please” – Netizen Kecam Zizi Kirana Kerana Suka Tunjuk Aset

Zizi Kirana sering mendapat kecaman kerana dilihat suka berpenampilan seksi

Trending Thu, 24 Dec 2020
error: Content is protected !!