Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 29, 2022 @ 5:53pm

Kontroversi Bercinta Dengan Lelaki Berusia, Qistina Raisah Dakwa Netizen ‘Over’ – “Mak Saya Okey Saja Tau”

Nama pelakon cilik Qistina Raisah sering menjadi bualan hangat warganet sejak kebelakangan ini gara-gara didakwa menjalin hubungan cinta bersama lelaki yang lebih berusia.

Memetik laporan Melodi, Qistina menjawab juga kontroversi yang melanda dirinya dengan memberitahu bahawa dia tahu menjaga batas malah menyifatkan perkara tersebut hanya perkara biasa.

“Sebenarnya tuan empunya video itu tidak menyatakan itu saya tapi ramai yang tag saya.

“Saya kalau keluar dating pun tak akan tinggal ibu saya, saya tahu batas, tiada nak peluk-peluk depan orang ramai. Memang tidak lah.

“Benda ini biasa saja, tapi sebab saya umur 14 tahun dan dia 21 tahun, orang jadi kes.

“Ibu saya dulu masa tingkatan 2 pun pernah bercinta dengan lelaki 21 tahun tau. Benda itu tiada apa pun,” katanya.

Mengulas mengenai foto dirinya bersama jejaka yang tular, Qistina menganggap netizen sudah ‘melebih’ kerana baginya mereka sekadar kawan malah berpegang kepada ajaran ibunya agar meghiraukan cakap-cakap negatif.

“Biarlah rahsia. Nanti tunggu saja lah, apa nak jadi, jadi je lah kan.

“Tapi bagi saya netizen ‘over’ lah jugak sebab gambar tu tiada lah berpeluk, pegang tangan ke, cuma macam ‘selfie’ dengan kawan-kawan.

“Daripada kecil, mak saya dah ajar, netizen punya komen ni tak perlu baca, kalau terasa pun tak perlu makan hati, bagi saya, saya cuma buat kerja saya.

“Netizen ni sibuk saja, mak saya okey saja tau,” jelasnya.

Tampil mempertahankan anaknya, ibu Qistina sendiri mengakui dia dan anaknya itu berasa gembira apabila ramai memberikan reaksi pada sekeping foto yang tular itu.

“Memang netizen ada mulut untuk bercakap tentang apa pun, nak fikir positif negatif itu terpulang, tapi bagi saya kalau hati tu bersih, baik kita kena fikir yang baik-baik.

“Apa-pun yang orang nilai dengan gambar itu, saya dan Qistina happy saja.

“Mana yang salah kita ambil dan betulkan, cuba jadi yang terbaik, tiada orang yang sempurna.

“Saya sebagai ibu, tak semestinya saya dapat kawal semua, saya mendoakan anak-anak saya dihindar dari fitnah. Apa-pun orang kata abaikan, terus ke depan,” tutup ibu Qistina.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022

‘April Fool’ Tarikh Rasmi Dr Soo Wincci Dilantik Sebagai Profesor Madya

Penyanyi Dr Soo Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia yang pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik. Pelantikan tersebut melayakkan Wincci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu. […]

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”

Daiyan meluahkan rasa kesal apabila akaun terbabit kembali aktif biarpun sudah beberapa kali digantung

Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

One FM「Crazy Rich One」送轿车又送现金奖

One FM在今年迎来十周年,为了感谢听众朋友这十年来的陪伴,One FM承诺将继续为听众带来更多的惊喜与欢乐!

Featured Mon, 13 Sep 2021
Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Hati Puteri Sarah Diulit Bahagia? Ini Respons Empunya Badan 

Puteri Sarah tak pernah berbincang soal kahwin baru dengan anak-anak

error: Content is protected !!