Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 30, 2022 @ 1:13pm

[VIDEO] Ustazah Siti Afifah & Suami Sekali Lagi Dikecam, Dakwa Minum Susu Berlebihan Boleh Rabun?

Sejak kebelakangan ini, nama pasangan pendakwah Ustazah Siti Afifah dan suaminya, Ustaz Zaidi Tohirin sering menjadi tumpuan warganet apabila sering membuat kenyataan yang mengundang perbalahan di antara warganet di media sosial.

Terbaharu, tular sekali lagi sebuah rakaman yang memaparkan pasangan pendakwah itu sedang memberi ceramah di media sosial dengan menyatakan dengan meminum susu secara berlebihan mampu menyebabkan masalah rabun.

Menerusi sebuah hantaran video, pasangan suami isteri itu mendakwa meminum susu adalah sunnah Nabi Muhammad SAW tetapi jangan minum dengan berlebihan kerana akan mengundangnya beberapa masalah.

“Minum susu ini merupakan sunnah Nabi SAW tetapi Islam ini mengajar jangan berlebihan dalam sesuatu hal. Nabi SAW bersederhana dalam semua perkara.

“Dalam kitab Ibnu Qayyim Al Jauziyah menyebutkan berlebihan minum susu akan boleh membuatkan mata rabun, boleh membawa panau. Antara puncanya ialah apabila kita konsumsi susu seccara berlebihan.

“Maknanya kalau orang biasa minum, secawan atau dua tetapi kita minum 10 cawan, itu maknanya berlebihan.

“Susu ini memang sunnah, bagus diamalkan, tapi jangan berlebihan, susu juga mempunyai lemak, jadi adab minum susu itu perlu berkumur-kumur. Risikonya bila kita konsumsi susu, kita tidak kumur dan langsung bawa ke tidur itu membawa punca rosaknya diri,” jelas pasangan itu.

@sunnahtidakberbohong #beratmengakuDrtetapi… #belajardariulamadahulubahayasusuberlebihan ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

Hasil tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet tampil memberikan pelbagai reaksi terhadap kenyataan pasangan pendakwah tersebut. Malah ada juga segelintir pengguna mendakwa pasangan pendakwah ini sudah jauh terpesong.

Terdahulu, pasangan pendakwah ini juga pernah dikecam hebat oleh warganet apabila lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus gara-gara membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika proses bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Begitu Murahnya Maruah Kamu Di Mata Suami” – Isu Bersalin Guna Doktor Lelaki, Ustaz Pula Bagi Pandangan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

“Tak Mungkin” – Fikry Ibrahim Tepis Dakwaan Isu Rumah Tangga Hanya Gimik

Fikry Ibrahim enggan ulas kenyataan bercanggah dengan peguam mewakili isterinya

Hiburan Sat, 8 Mar 2025

[VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Tiada Harta – “Syarikat 100% Milik Saya”

Syarikat Nur Nilam HQ 100 peratus milik isteri Azlan Komeng

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

Selepas ‘ILU’, Netizen Mahu Aepul Roza Buat Lagu Tema Perkahwinan Khas Untuk #BellaSyedYes – “Kebetulan Dah Ada, Mood Sangat Sweet”

netizen mencadangkan agar Aepul Roza menghasilkan lagu khas buat pasangan selebriti, Syed Saddiq dan Bella Astillah.

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Sat, 17 Aug 2024
error: Content is protected !!