Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin December 1, 2022 @ 7:29pm

Drama Aku Seorang Perempuan Diangkat Dari Kisah Biografi Siti Nordiana

Penyanyi popular Siti Nordiana berbesar hati apabila kisah hidupnya menjadi inspirasi bagi siri drama rantaian, Aku Seorang Perempuan yang disiarkan di TV9.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, dia sama sekali tidak menyangka apabila kisah hidupnya diangkat dan digarap semula dalam bentuk drama 13 episod arahan pengarah terkenal, Hashim Rejab.

Bahkan, dia mengakui pelbagai perasaan timbul apabila kali pertama mendapat tahu mengenai projek ini.

“Saya sendiri tidak menyangka bahawa kisah kehidupan saya akan dijadikan inspirasi untuk drama ini. Dan ia bukan sahaja kehidupan peribadi tetapi juga tentang kerjaya seni saya,” katanya.

 

Mengakui perjalanan hidupnya melalui waktu yang sukar, Nana bagaimanapun berharap agar penonton berasa senang dengan jalan cerita drama ini walaupun terdapat elemen dramatik dalam Aku Seorang Perempuan.

“Apabila kita bercakap mengenai inspirasi, ia bermaksud bukan 100 peratus daripada kisah benar yang diangkat. Pastinya akan ada babak yang ditambah dan digarap semula oleh pengarah untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik,” 

“Dalam drama ini juga, penonton dapat melihat jatuh bangun saya. Tujuannya untuk memberikan inspirasi kepada penonton, terutama wanita di luar sana supaya sentiasa bangkit daripada kejatuhan,” jelasnya.

Selain itu, Nana juga percaya mesej drama ini akan dapat disampaikan dengan baik oleh barisan para pelakon hebat seperti, Atikah Suhaimie dan Fezrul Khan.

Ini kerana, Atikah dan Fezrul banyak merujuk kepadanya untuk menguatkan lagi watak mereka dalam drama kali ini.

“Ketika pihak produksi menyerahkan senarai nama pelakon, saya tahu mereka adalah barisan pelakon hebat dan tak ada sebarang pertikaian. Lagipun, kebanyakan daripada mereka sudah berada lama dalam industri.

“Jadi, tugas saya adalah untuk berkongsi pendapat mengenai beberapa babak yang mungkin sesuai atau tidak sesuai direalisasikan.

“Namun, apa yang saya lihat bakat Atikah patut dibanggakan lagipun, Atikah banyak merujuk kepada saya dan melihat bagaimana perwatakan sebenar saya. Begitu juga, Fezrul yang banyak bertanya,” katanya ketika sesi sidang media secara maya drama Aku Seorang Perempuan baru-baru ini.

Drama yang ditulis oleh YH Dato’ Tengku Khalidah Tengku Bidin ini telah mula ditayangkan pada 19 November 2022, pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.30 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Jun 2025

Nidji Bawa Sentuhan Magis ‘Teman Sejati’ Dalam Filem Ejen Ali The Movie 2

Lagu tema Ejen Ali The Movie 2 berjudul Teman Sejati dendangan Nidji kini menjadi buah mulut peminat!

Featured Wed, 23 Nov 2022
Drama Thu, 29 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Perempuan Ilmu Hitam’

Dendam memacu seruan syaitan durjana.

Trending Sun, 15 Nov 2020
Hiburan Mon, 4 Feb 2019

‘Ramailah Muka Macam Muka Sufian Suhaimi’- Netizen Terkejut Gambar Intim Tersebar

Gambar yang diperoleh di akaun Twitter PenumpahTeh jelas memperlihatkan jejaka yang mirip pelantun Di Matamu ini sedang nyenyak tidur di sisi seorang wanita yang ditutup wajahnya.

Featured Sat, 16 Oct 2021

Menghayati Perjuangan Kisah Nabi Muhammad SAW Menerusi Teater Muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, sebuah drama muzikal arahan Erma Fatima akan membawa penonton menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar islam di muka bumi. Teater muzikal islamik ini merupakan pementesan teater […]

Featured Mon, 19 Aug 2019
Featured Sat, 24 Dec 2022
error: Content is protected !!