Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 1, 2022 @ 1:44pm

Walaupun Sibuk, Hael Husaini Sempat Tanya: ‘Sayang Do You Love Me?’

Komposer dan penyanyi versatil, Hael Husaini, 34, melancarkan single terbaharu berjudul ‘Sayang Do You Love Me?’ hasil nukilannya sendiri bersama Ezra Kong.

Menurut Hael, single ini menceritakan tentang kisah percintaan sepasang kekasih yang ada pahit manis dan gurau senda antara mereka dengan mesej yang ringkas untuk pendengar berhibur dan bergembira apabila mendengarnya.

“Walaupun sibuk, saya masih mahu berkarya dan lagu ini adalah buktinya. Saya dan Ezra inginkan suatu karya yang ringan dan santai untuk pendengar persis single ‘Kelentang-Kelentong’ diterima hebat sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Hael menjelaskan kelainan single adalah lebih santai dan ‘chill’, namun masih mengekalkan genre pop.

“Saya mula merakamkan lagu ini sejurus single ‘Sama Seperti Dulu’ dilancarkan, setelah berbincang dengan Ezra, akhirnya kami memilih lagu ini untuk disiapkan dan dirakamkan, dan segala proses susunan dan rakaman dilakukan sepenuhnya di studio rakaman milik Ezra.

“Setakat ini tiada perancangan untuk menghasilkan video muzik (MV) lagu ini dan saya bersama pihak Rocketfuel akan melancarkan lirik video rasminya sahaja terlebih dahulu serentak dengan lagu.

“Kalau sambutan menggalakkan mungkin kami akan memikirkan tentang penghasilan MV,” tambah Hael.

Sementara itu, pelantun lagu Jampi ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kerana di atas kesetiaan dan fahaman mereka meskipun konsert solo ‘Hael Husaini Live in KL’ terpaksa ditangguhkan.

Artikel Berkaitan: SFMM37: Alami Masalah Kotak Suara & Pernafasan, Hael Husaini Mohon Maaf Andai Aksi Tak ‘Menyengat’

Artikel Berkaitan: Konsert Sulung Hael Husaini Ditunda, Janji Persembahan Energetik 19 Februari Depan

Lagu ‘Sayang Do You Live Me?’ bakal dilancarkan bermula 2 Disember 2022 melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Kerap Ditanya Isu Putus Tunang, Sufian Tak Selesa

“Pada masa akan datang, saya berharap agar tiada lagi mana-mana pihak yang bertanyakan tentang hal ini lagi,” akhirinya.

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

JUN JI HYUN GIVES BIRTH TO SECOND BABY BOY

Famous Korean actress Jun Ji Hyun gave birth to a beautiful healthy baby

Trending Wed, 27 Apr 2022
Featured Thu, 18 Mar 2021
Featured Mon, 12 Apr 2021

Muncul Dengan Single Petanda, Aliff Idham Mahu Ikut Jejak Langkah Judika

Penyanyi, Aliff Idham, tampil dengan single pertama berjudul PETANDA yang dicipta sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik. Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung […]

error: Content is protected !!