Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 20, 2025 @ 3:47pm

“Dia Tak Berlakon…”- Individu Dakwa Pernah Terserempak, Puji Kamal Adli Rajin Layan Anak Ketika Berkelah Di Pantai

Kemelut rumah tangga antara pasangan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose semakin hangat diperkatakan ramai.

Menerusi platform Threads, ada individu mendakwa dia berada di lokasi sama bersama pasangan selebriti itu ketika sedang berkelah di sebuah pantai dipercayai bersama keluarga.

Individu tersebut mendakwa Uqasha tidak menjaga anak mereka, Hawra Uqaira, sebaliknya puterinya itu hanya ditemani oleh Kamal untuk bermain sepanjang di kawasan pantai.

“Saya pernah jumpa Kamal, kebetulan tengah piknik sama-sama di Port Dickson. Dia lepak sebelah saja. Masa tu pakai camper van.

“Kamal yang layan Uqaira. Uqasha tak tahu apa yang dia buat dalam camper van itu sampaikan Kamal minta tolong anak buah panggilkan isteri dia,” katanya.

“Kamal bukan berlakon bila layan anak. Mana yang pernah tularkan gambar dia melayan anak, itu juga yang kami nampak depan mata,” katanya.

Oktober lalu, Uqasha telah memfailkan perceraian terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dipercayai berpunca daripada tiada persefahaman dan berlaku konflik rumah tangga sejak April 2025.

Pada prosiding perceraian berlangsung pada Rabu lalu, kedua-dua pihak telah melantik jawatankankuasa pendamai setelah diarahkan oleh pihak mahkamah.

Susulan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan seterusnya pada 18 Disember ini.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021, dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, 19 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Dec 2023

Selamat Pasang Perentak Jantung, Ebby Yus Elak Kerja-Kerja Berat

Semoga abang Ebby Yus dipermudahkan segala urusan Amin🤲🏻

Trending Tue, 1 Dec 2020
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

Fattah Amin rancang bercuti luar negara dengan Fatima

Featured Sat, 6 Nov 2021
Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Trending Sat, 17 Oct 2020
Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Sat, 22 Jun 2024

Tolak Kontroversi, Raja Afiq Mahu Naikkan Semula Nama Dengan Bakat Lakonan

Bagus Afiq gunakan bakat yang ada dengan baik! All the best okay

error: Content is protected !!