Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 1, 2022 @ 3:27pm

Bekas Suami Jasmin Hamid Masuk ICU, Mohon Doa Orang Ramai – “Dia Seorang Yang Sihat…”

Pelakon Jasmin Hamid memohon doa orang ramai untuk bekas suaminya, Ian Rashid yang kini berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Selangor.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, bekas suaminya itu mengalami serangan jantung dan enam saluran darah dalam badan tersumbat.

@jasminhamidjh Moga Allah angkat kita yang mendoakan kesembuhan dan di panjangkan umur buat Bekas Suami saya,Ian Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena heart attack dan tersubat 6 saluran darah #fypage #fypシ #fyp #suamiku #suamiistri #husbandwife #hebatbukan #teamjasminhamid #allah #allahuakbar ♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

“Mohon ehsan teman-teman yang kenal bekas suami saya, Ian Rashid. Sekarang beliau berada di wad ICU sebab kena serangan jantung dan tersumbat 6 saluran darah,” tulisnya.

Menurutnya, bekas suami itu merupakan seorang yang sihat namun sudah menjadi takdirnya.

“Saya yang ada sakit jantung tapi sekarang beliau yang sihat wal’afiat sebelum ni pula yang berada di ICU sebab kena serangan jantung.. Ini semuanya adalah ketentuan Allah,” tulisnya di perkongsiannya di Instagram.

Di dalam video tersebut, Jasmin dan suaminya, Nazmir Abd Rahman sedang menunggu di ruangan lobi hospital.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bekas suaminya itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

“Allahuakbar. Saya dah pernah rasa. Semoga diangkat kesakitan dan disembuhkan oleh Allah SWT. Amiin.

“Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan amin,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Dec 2019

We Lovin It! McDonald’s Introduces Brand New Chocolate Oreo Ice Blended

We heard that it taste even better than Starbucks Frappucino…

#tilljannah Fri, 6 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Bungkuskan Makanan Untuk Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Mewah Rezekinya, Balik Rumah Bawa…”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di laman TikTok yang memaparkan pelakon Sari Yanti sedang menunggu suami tercintanya, Jep Sepahtu pulang ke rumah. Menerusi hantaran tersebut, Jep yang keluar dari kereta tersenyum sipu apabila melihat Sari […]

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Saling Memerlukan, Risteena Diulit Bahagia Bersama Isa

Pelakon, Risteena Munim dan tunangnya Isa Khan kini lebih terbuka membicarakan kisah cinta mereka dan berkongsi foto-foto berdua setelah kedua-duanya mengakui dilamun cinta dan mengumumkan telah mengikat tali pertunangan ketika bercuti di Bali pada 23 […]

Hiburan Tue, 3 Mar 2026
Hiburan Sun, 7 Jul 2019

Kamal Adli Dilamar Pelakon Jelita?

Psst…siapa wanita bertuah tu?

Featured Fri, 15 Apr 2022
error: Content is protected !!