Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 2, 2022 @ 8:05pm

“Ia Satu Pengorbanan” – Berjauhan Dengan Suami, Dayah Bakar Rasa Kemanisan

Pengacara Dayah Bakar berkongsi perasaan menjalani hubungan jarak jauh dengan suami yang merupakan seorang tentera askar yang kini sedang berkhidmat di Negeri Sembilan.

Menurut Dayah, walaupun dia mengimpikan untuk tinggal bersama suami namun dia menganggap hal itu satu pengorbanan.

“Kalau boleh semestinya kita nak hari-hari jumpa tapi sebenarnya bila kita tak jumpa dan lepas tu jumpa balik, itulah pengorbanan dan kemanisan yang kita rasa,” katanya semasa ditemui di majlis pelancaran pembukaan Galeri Lewre di Bangsar, semalam.

Disoal jika ada perancangan untuk tinggal bersama, Dayah menjelaskan komitmen kerja masing-masing membataskan perkara tersebut.

“Saya punya pekerjaan memang based di KL dan tentera pula sentiasa berpindah-pindah. Jadi, jalan yang terbaik adalah kami set camp (tempat) kami sendiri dan based di KL.

“So, anything he will come back. Suami selalu fikirkan yang terbaik untuk saya dengan sekolah anak dengan pekerjaan saya memang kena duduk KL,” jelasnya.

Untuk rekod, Dayah dan suami, Kapten Muhammad Hanif telah mendirikan rumahtangga pada 29 Jun 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia 2 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 9 Jan 2019

#xtra好康头 | 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑+红包封+Jasmine新阳香米

#xtra好康头 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑、红包封以及Jasmine新阳香米,伴你过个大肥年!

familuv Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Momen Jaga Anak Di Hospital, Ramai Doakan Anak Hanis Zalikha Cepat Sembuh

Pengacara dan pelakon Hanis Zalikha memuat naik video berkongsi momen bersama anaknya, Alisa Aisyah di hospital, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hanis menjaga Alisa dan berada di sisinya sepanjang berada di hospital. Malah, suami Hanis, […]

Filem Sun, 5 Apr 2026

Aksi Penuh Adrenalin Dipadankan Dengan Kisah Cinta Mat Rempit & Gadis Buta, Malaikat Malam Tampil Naskhah Berbeza

Malaikat Malam tampil sebagai naskhah terbaharu yang menggabungkan elemen aksi motosikal berintensiti tinggi dengan kisah cinta, hasil kerjasama empat penerbit utama.

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Allahyarhamah Adibah Noor Idola Sherry Alhadad Dalam Bidang Pengacaraan – “Dia Pecahkan Stigma Segelintir Pihak”

Allahyarhamah Adibah Noor seorang selebriti yang sangat serba boleh ☺️🥰 “Alhamdulillah, kerana beliau saya berada di sini” – Sherry Alhadad

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Wohooo, OAG Kembali ‘Mengganas’

Bajet sendiri, pengurusan sendiri, OAG belajar untuk menguruskan jadual sendiri tanpa bantuan pengurusan mana-mana label. Semoga album mini 02 Orang berhasil, yeay kami tak sabar!

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Macam Mana Nak Sorok Kalau…” – Bengang Didakwa Sengaja Tayang ‘Baby Bump’, Uyaina Arshad Minta Jangan Ganggu Emosi

Kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang tidak sengaja – Uyaina Arshad

error: Content is protected !!