Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 6, 2022 @ 6:30pm

“Saya Rasa Selamat & Stabil” – Mahu Cari Pedoman Hidup, Jasmine Suraya Kongsi Sertai Kelas Agama Islam

Pelakon cantik, Jasmine Suraya mendedahkan bahawa dia kini sedang mengikuti kelas agama Islam sebagai satu cara untuk mencari pegangan hidup sebenar.

Pelakon bukan Muslim itu turut mengakui bahawa menghadiri kelas agama merupakan satu jalan yang indah.

Namun begitu, dia memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut kerana mengetahui isu agama merupakan perkara yang sensitif.

“Saya ada menghadiri kelas agama dan ia suatu perjalanan yang indah. Saya belajar secara berperingkat dan makin menyukainya kerana menjadi pegangan hidup.

“Perjalanan dalam industri seni berlaku dalam masa yang cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil seperti ada arah.

Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasamya selamat. Cuma, kalau boleh tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana ia bersifat peribadi. Kalau boleh, tak nak orang asyik bertanya itu dan ini,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Jasmine menjelaskan bahawa dia menjalani proses pembelajaran secara perlahan dan tidak mahu tertekan.

“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’,” ujarnya kepada Harian Metro.

Jasmine turut mengulas mengenai dirinya menjadi perhatian ramai apabila turut serta dalam majlis ilmu anjuran Neelofa pada Ogos lalu.

Dia berpendirian untuk tidak berkongsi segala aktiviti kerana tidak mahu membuka ruang untuk orang luar mengkritik.

“Ketika saya menghadiri majlis anjuran Neelofa, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma, saya hadir untuk sekadar mendengar.

“Apabila membabitkan media sosial, ia sesuatu yang tidak boleh disekat. Tetapi, saya tak nafikan ada ketika rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang saya lakukan menerima kritikan.

“Malah, kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.

“Namun saya rasa ramai juga yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” tutur Jasmine.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Oct 2021

“Kita Lebih Disarankan Kongsi Mengenai Kelahiran Berbanding Kehamilan” – Neelofa Tak Ada Rancangan Nak Buat Pengumuman

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa masih berteka-teki mengenai status kehamilannya. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 32, ini mengakui dirinya takut untuk mengulas lanjut mengenai perkara ini. “Baru-baru ini, ketika saya bercuti di Langkawi bersama […]

Featured Tue, 30 Aug 2022
Trending Fri, 12 Feb 2021

Lagu #BaikSemula Versi Abang & Kakak Askar Ni Memang Terbaik!

Memang terbaik! Lagu #BaikSemula dendangan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique menarik perhatian Badan Kesenian Tentera Darat Malaysia. Anggota unit beruniform terbabit menyampaikan semula lagu hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, […]

Contest Sat, 23 Mar 2019

#xtra好康头 | 送你《冰上迪士尼之精米奇超级星光汇演》入门票

#xtra好康头 送你《冰上迪士尼之精米奇超级星光汇演》入门票!

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Ibu Bapa Generasi Baharu, Lisa Sedia Membantu!

Ibu kepada dua cahayamata Yahaira Leanne dan Yusof Leonne itu berkata, dia memahami perasaan ibu bapa generasi baharu kerana dia juga menggalas tanggungjawab yang sama dan tahu cabaran yang dihadapi golongan tersebut

Featured Thu, 29 Sep 2022
Trending Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Mon, 26 Dec 2022
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Tercekik Sudu Bukan Gimik, Ezuwan Ismail Sedia Terima Kritikan Netizen

Buat apa nak terasa…semua orang berhak beri pendapat. Betul tak?

error: Content is protected !!