Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 12, 2021 @ 2:16pm

Lagu #BaikSemula Versi Abang & Kakak Askar Ni Memang Terbaik!

Memang terbaik!

Lagu #BaikSemula dendangan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique menarik perhatian Badan Kesenian Tentera Darat Malaysia.

Anggota unit beruniform terbabit menyampaikan semula lagu hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju K-Clique ini dalam gaya tersendiri.

Laman sosial Instagram TV3 memuat naik semula versi lagu nyanyian mereka di Instagram dan ia rata-rata mendapat perhatian positif orang ramai di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Untuk menyuntik semangat positif, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) berbesar hati dapat bekerjasama dengan penaja utama, McDonald’s Malaysia, penaja bersama, Celcom XPAX dan Sabella serta rakan penaja Shell memperkenalkan inisiatif #BaikSemula agar rakyat Malaysia terus bangkit dan tabah meneruskan kehidupan harian.

#BaikSemula merupakan sebuah lagu istimewa yang dibawakan oleh AJL35 bertujuan untuk menyuntik semangat baharu rakyat Malaysia dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities Malaysia #untukRMHCMalaysia.

#BaikSemula ini turut menyeru penyokong setia AJL35 untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia. Kongsikan #BaikSemula versi anda bersama kami!

1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula

2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok

3. Sertakan #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda

4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

[VIDEO] AG Azmeer Bantu Pemuda Terkandas Di R&R Buat Ramai Sebak

AG Azmeer bantu pemuda terkandas di R&R motosikal rosak

Featured Thu, 23 Dec 2021

Rai Birthday Suami, Cardi B Hadiahkan Offset RM8 Juta

Anggota kumpulan rap Migos, Offset baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 tahun pada 14 Disember lalu. Bersempena dengan hari jadinya, Offset telah mengadakan majlis hari jadi bertemakan kasut di Sneakertopia di Los Angeles, Amerika […]

Featured Sat, 10 Aug 2024
Hiburan Tue, 10 Dec 2024

“Wanita Rahsiakan Masalah Perkahwinan Demi Jaga Maruah Pasangan Perlu Dihentikan” – Diana Danielle

Diana Danille tegaskan stigma wanita rahsiakan masalah rumah tangga demi menjaga maruah pasangan perlu dihentikan.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Warehouse Elrah Terbakar Angkara Khianat, El Azman Tawar RM100,000 Kepada Mereka Yang Menjumpai Pelaku

Usahawan El Azman menawarkan RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai individu yang bertanggungjawab melakukan khianat membakar warehouse Elrah. @elazman Minta kawan2 tolong share posting ni ye A Saya beri Ganjaran RM100,000 yang menjumpai perlaku jahat […]

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Fri, 18 Apr 2025

“Mohon Jaga Batas, Saya Akan Selesaikan Isu Rumah Tangga Secara Peribadi”- Marissa Dania Hakim

Kata Marissa, dia sendiri terkejut melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh  ibu, suami dan beberapa pihak lain.

Hiburan Thu, 26 Mar 2026
error: Content is protected !!