Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 3, 2025 @ 4:42pm

[VIDEO] AG Azmeer Bantu Pemuda Terkandas Di R&R Buat Ramai Sebak

Penyampai radio, AG Azmeer, menyentuh hati ramai apabila tampil membantu seorang individu yang terkandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R) selepas motosikalnya mengalami kerosakan.

Menerusi perkongsian di TikTok, AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat dalam perjalanan ke Melakaseminggu sebelum Syawal, secara kebetulan bertemu dengan pemuda bernama Fahmi yang memerlukan pertolongan.

Memandangkan mereka menuju ke destinasi yang sama, AG mengambil keputusan untuk menumpangkan Fahmi.

“Saya ke Melaka atas urusan kerja. Seminggu sebelum raya, saya singgah di R&R untuk ke tandas. Ternampak seorang adik ni, motosikal dia rosak.

”Allah gerakkan hati saya untuk menegurnya. Dia dalam perjalanan pulang ke kampung untuk buat kejutan kepada neneknya. Katanya, nenek tak tahu dia akan balik.

”Kesian tengok dia memikirkan macam-macam, jadi saya ajak dia ikut saya ke Melaka,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, AG turut menitipkan pesanan buat Fahmi agar terus kuat dan tabah menghadapi cabaran hidup.

”Buat Fahmi, Insya-Allah, berkat kerja keras dan kecekalan awak, abang yakin kejayaan akan menemani awak. Semoga menjadi insan yang hebat dan jaga nenek awak sebaik mungkin,” pesannya.

@agazmeer

Dalam meraikan kemeriahan Syawal ni tetiba teringat kat sorang adik ni.. cuti ke kerja dia raya2 ni.. Anak Ag lah ni p rekod dari awal jumpa sampai hantar dia ke kampung. Terpanggil pulak nak share story dia. Ag otw ke Melaka ada kerja. Kejadian bulan puasa haritu.. seminggu sebelum raya. Masa stop kat rnr nk ke tandas, ternampak sorang adik ni motor dia rosak. Allah gerak kan hati nak tegur adik ni. Dia nak balik kampung rumah nenek. katanya nak surprisekan nenek dia. nenek tak tahu dia nak balik. Kesian pulak tgk berpeluh2 memikirkan hal motor, memikirkan hal mcm mana nak balik kampung lagi… dah la tgh panas time tu. So Ag decide ajak dia teman AG ke Melaka. ada jugak geng.. Abang faham perasaan kau dik. Saat diuji masa tengah sorang, Allah hadirkan seseorang yg tak dikenali untuk bantu kita.. Buat Fahmi, InsyaAllah berkat kerja keras dan kecekalan awak, Abg Ag percaya kejayaan akan menemani awak. Moga jadi insan yg hebat dan jaga nenek awak sebaik mungkin.. Kisah kehidupan anak rantau ni ada 1001 cerita. Lain orang berbeza cabaran hidup, lain kisah hidupnya… Sentiasa refleksi diri.. Sentiasa muhasabah diri.. Buat anak rantau semua.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..

♬ original sound – AGAzmeer – AGAzmeer

Video tersebut turut dikongsi di platform media sosial Hot FM dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ramai meluahkan rasa terharu melihat keprihatinan AG serta memuji sikapnya yang sudi membantu insan dalam kesusahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Jun 2023

Isu Berbikini, Kini Giliran Pihak Pengurusan Kasih Iris Leona Pula Beri Kenyataan

Alaa biasalah kan remaja nak cuba semua benda kita boleh tolong nasihat je

Events Fri, 18 Oct 2019

白安盼在大马开唱!用音乐为90后打抱不平

90后台湾「创作精灵」白安日前带着第三张创作专辑《1990s》来马宣传!发布会上除了指专辑音乐是在为90年代打抱不平外,更是放话希望有机会来马办演唱会。

Events Sat, 2 Nov 2019

SYOKSYOK RIUH Invites You to Appreciate Arts and Cultures This Weekend!

Celebrate life with friends, family and food with plenty of festive flavours.

Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Kongsi Video Mengalirkan Air Mata, Fuad Rahman Beri Penjelasan Tentang Keadaan Tom

Kesiannya dekat Tom.. Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Radja & Wali Band Bergabung Dalam Pentas RadjaWali, Gegar Idea Live Arena Januari 2026

“Pentas RadjaWali Live in Malaysia” yang dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

error: Content is protected !!