Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 7, 2022 @ 8:08pm

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram miliknya.

Hafiz menceritakan bingkisan hidupnya dari pagi hingga ke malam.

“Saya bukan founder, saya lelaki yang menumpang rezeki isteri. Hari ni saya letak CCTV dalam hidup saya.

“Biasanya sebelum ke office saya akan cium anak bini semua, sampai ke pejabat saya akan uruskan semua sahabat-sahabat saya yang sedang menunggu saya di luar office untuk saya agihkan 100 ekor ayam, jadi boleh lah mereka guna untuk memasak.

“Setiap hari, kadang-kadang orang tu saya tak kenal dia datang dari jauh untuk minta bantuan dan sebagainya.

“Wanita kat depan saya ni kena aniaya dengan local brand online. Saya selalu nasihat kalau nak meniaga pilih platform yang betul-betul.

“Alhamdulillah tadi saya ada bagi dia duit modal untuk berniaga dekat sini. Semoga masalah boleh selesai nanti.

“Selepas cuba selesaikan masalah orang, duduk dengan staff balik meeting.

“Lepas mesyuarat, turun sekejap solat lepas tu spend time dengan staff lima minit main snooker. Saya naik office balik, berbincang dengan staff berkenaan development dan sebagainya so pandai-pandai lah lari sana lari sini sampai kurus saya.

“Dah selesai semua baliklah ke rumah nak main dengan anak-anak, buka-buka pintu anak-anak dah tidur Aina pun dah tidur.

“Ini lah kerja saya sebagai seorang lelaki yang menumpang rezeki isteri mencari kejayaan demi kebahagiaan,” tulis Hafiz.

Ruangan komen, dibanjiri dengan kata-kata positif dan pujian buat Hafiz kerana berusaha gigih mencari rezeki sebagai seorang suami dan menjadi inspirasi kepada anak muda pada masa kini.

“The true leader, kami selalu pinjam semangat abang yang tak pernah kenal erti penat dan malas.” tulis warganet.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Dec 2024
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Bekas Suami Bakal Jual Rumah, Kris Dayanti Siap Sedia Untuk…

Anang dilaporkan mahu menjual kediaman mewah bernilai jutaan Ringgit namun alasan sebenar masih belum diketahui sehingga kini.

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Tue, 22 Jul 2025
Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Wed, 17 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Elon Musk Prank Peminat MU, Trend Makan Tiram Mentah Harga Murah & Netizen Tak Setuju Syamsul Yusof Jadi Pengarah Mahsuri?

Peminat MU jangan kecewa ya kena scam dengan Elon Musk. Alamak, beraninya makan tiram mentah RM6 je! Eh, kenapa netizen tak setuju tu? Katanya air tangan Kabir Bhatia lagi mantap? Ini Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Mon, 9 Dec 2024
error: Content is protected !!