Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 13, 2023 @ 6:56pm

Kemenangan Dipertikai, Azira Shafinaz Tampil Perjelas – “Saya Bukan Pelawak” 

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz meluahkan rasa bangga apabila merangkul kejayaan membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Watak Komedi di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA 2023) di Singapura, baru-baru ini.

Pemilik nama Azira Shafinaz Ramlan, 32, akui kejayaan yang diraih ibarat mimpi selepas 10 tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Alhamdulillah ini kejayaan saya, saya tak sangka rezeki saya di luar iaitu di peringkat Asia sebab selama 10 tahun dalam industri, saya tak pernah berpeluang untuk menang.

“Ia satu perkara yang saya patut bangga sampai bila-bila. Ia ibarat mimpi, saya bangga sangat.

“Cerita itu adalah romantik komedi. Jadi watak saya dalam drama tersebut kelam kabut.

“Daripada dulu, jiwa saya adalah lebih kepada lakonan tapi saya bermula dengan nyanyian. Selagi bakat apa-apa yang diberi ini, kalau boleh saya nak buat semua,” katanya teruja.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Defam ini turut menjelaskan kekeliruan yang timbul apabila ada pihak menyangka dia memenangi anugerah Pelakon Wanita Komedi Terbaik.

“Saya sebenarnya tak jangka langsung dan orang salah anggap yang saya seorang pelawak. Tidak sebenarnya, saya bukan menang pelakon komedi terbaik tetapi watak yang saya bawa ialah romantik komedi.

“Saya bukan pelawak, sebagai pelakon tidak mengapa tetapi kalau Azira Shafinaz seorang pelawak itu bukanlah. Saya tak pandai buat lawak.

“Saya tak mahu orang salah anggap, saya tak mahu kemenangan saya ini salah. Saya tak mahu orang pertikaikan, tetapi sebenarnya saya menang watak komedi,” jelasnya kepada pemberita.

Ditanya, apakah akan menerima tawaran untuk membawakan watak komedi lagi, ini jawapan aktres usia 32 tahun itu.

“Saya okey saja, saya boleh buat,” jawabnya ringkas.

Untuk info, Defam bakal berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) dengan lagu Berubah.

SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fizza Frizzy akan bersiaran secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di  www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

范冰冰遭拍素颜睡姿「嫩肌白到发光」飘仙气

中国女星范冰冰出道多年,冻龄有术,除了脸蛋紧致无暇,也是圈内出了名的白皙美人。大年初五就开工的她,戏一拍就到隔天凌晨,一收工倒头就睡,被偷拍也不知道,而她睡姿照在网上公开后,嫩白到发光的皮肤让网友看了惊叹不已。

Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Thu, 11 May 2023

Dikecam Netizen Pakai Crop Top Wanita, DC Willie Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi rap baharu, DC Willie dikecam netizen kerana membuat persembahan dengan mengenakan pakaian wanita jenis ‘crop top’, baru-baru ini. Pakaian tersebut meraih perhatian netizen yang memberitahu ia tidak sesuai dipakai oleh lelaki, apatah lagi seorang […]

Trending Thu, 26 Nov 2020
Program TV Sat, 18 Apr 2020

“Biar Tahu, Jangan Keliru” Merungkai Persoalan Berkaitan Agama Hanya Dalam Tanyalah Ustaz

InshaaAllah, segala persoalan berkaitan agama akan terjawab dalam Tanyalah Ustaz

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Jakarta ‘Special’ Untuk Kami- Westlife

Westlife dijangka membuat persembahan di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini. Korang dah beli tiket ke belum?

error: Content is protected !!