Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 7, 2022 @ 5:22pm

PU Azman Didakwa Lagi Atas Tuduhan Jenayah Amang Seksual, Kelucahan Melampau

Pendakwah bebas, PU Azman sekali lagi didakwa sekali lagi dengan dihadapkan ke dua mahkamah berasingan atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki antara Februari hingga Ogos lepas.

Memetik laporan Berita Harian, PU Azman atau nama lengkapnya Azman Syah didakwa di Mahmkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Sungai Udang, Klang pada jam 12.15 tengah malam 20 Februari dan jam 1 pagi 29 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

PU Azman juga didakwa menggalakan seorang lagi mangsa lain yang berusia 17 tahun untuk berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp antara jam 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru, dekat sini, 16 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Majistret pula, Azman Syah didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, dekat sini, pada jam 9.15 malam 10 Jun lalu dan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pu Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said di Mahkamah Sesyen, dan satu lagi di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid di Mahkamah Majistret.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dikat jamin RM24,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga serta saksi pendakwaan, selain melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan.

Sebutan semula bagi kesemua kes berkenaan ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] “Kalau Tau Suruh Dia Buat Silat Masa Kahwin” – Neelofa Terhibur PU Riz Terkejut Siap Buka Langkah Kuda!

Min saja ulang banyak kali video PU Riz bersilat 🤣🤣 Terkejut sangat ni hahaa

Trending Mon, 29 Aug 2022
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Tukang Masak Tak Dengar Cakap Punca Restoran Chef Wan Tutup?

Kalau orang lain, kedai tutup dia serabut. Berlainan pula bagi Chef Wan! Beliau dikatakan lega dan khabarnya berniat nak sedekah pisang di masjid. Jom dengar penjelasan beliau…

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

‘Percayakan Cinta’ Taruhan Ke 17 Ajai

Kadang-kadang, walaupun kita tahu orang itu sudah tiada, tetapi naluri adakala melawan minda. Kelainan dalam Kalla adalah kekuatan setiap individu untuk mempercayai naluri. 

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

‘Minta Maaf Sebelum Pukul 6, Kalau Tidak…’- Che Ta Kesal Bekas Pemandu Tak Muncul Di Sidang Media

Semoga ada penyelesaian baik di antara kedua pihak ini.Insya Allah…

error: Content is protected !!